Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

TINTA JUMAAT “ISLAMIS DEMOKRAT” SUATU BAHANA

Tujuan atau matlamat terbesar kita dijadikan di atas muka bumi ini adalah menegakkan hukum Allah taala. Bila mana tertegaknya hukum dan syariat Allah, maka kejayaan itu telah tiba dan makna penciptaan manusia telah mencapai hadafnya. Secara umumnya, islamis demokrat bermaksud seseorang pendokong demokrasi yang bersifat islamik.Pada sudut pemahaman istilah ia memberi makna bahawa golongan ini adalah golongan Islam yang hanya beriman dan mahu   bergerak di atas ruang demokrasi yang dibuka oleh Islam. Mereka hanya menerima segmen demokrasi daripada Islam. Namun, kesilapan sebahagian daripada orang islam yang terlibat dalam sistem ini menjadi keliru antara mana satu untuk dijadikan hadaf dan mana satu yang dijadikan sebagai wasilah. Lantaran timbullah istilah-istilah seperti “Islamis Demokrat”, atau dalam erti kata mudahnya, kami memperjuangkan demokrasi tanpa meninggalkan Islam. Ini kerana terlalu banyak pemikiran yang meletakkan sifat kepada Islam sehi...

TINTA JUMAAT (SYA’BAN : KUKUHKAN PERSEDIAAN)

Imej
Umat Islam baru sahaja beranjak keluar daripada bulan Rejab dan kini melangkah pula ke bulan Sya’ban.Maka,semakin hampir kita dengan madrasah Ramadhan,namun bagaimanakah persediaan kita dalam  menghadapi bulan mulia ini? Abu Bakr Al-Balkhi telah berkata : “ Bulan Rejab seperti angin,bulan Sya’ban bagaikan mendung dan bulan Ramadhan bagaikan hujan.Siapa yang tidak menanam di bulan Rejab,lalu tidak menyiram tanamannya di bulan Sya’ban,maka jangan harap ia boleh menuai hasil di bulan Ramadhan” . Bulan Sya’ban sebagai warm-up Bagi yang kurang arif tentang persediaan untuk menghadapi Ramadhan,maka berulanglah episod Ramadhan seperti tahun-tahun terdahulu,melangkah ke bulan Ramadhan tanpa apa-apa persediaan,malahan (nauzubillah) sebahagian besar harinya di bulan Sya’ban dihidangkan dengan makanan dan minuman yang berlebihan serta aktiviti yang tidak berfaedah dengan alasan akan berpuasa panjang di bulan Ramadhan. Terpilih dalam suatu pertandingan lumba lari 400 met...

ISRAK DAN MIKRAJ : PEMBANGUN JIWA SALAHUDDIN !!!

Imej
Saban tahun pada 27 Rejab, pelbagai sambutan diadakan sempena mengingati peristiwa besar yang pernah dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kadang diisi dengan ceramah, kadang diisi dengan tazkirah-tazkirah, kadang juga diisi dengan malam-malam sambutan. Peristiwa yang cukup sinonim dengan kita. Peristiwa apakah itu? Tepuk Dada Tanya Diri Sendiri !!!! Israk dan Mikraj telah ditakdirkan berlaku melibatkan dua masjid yang mulia. Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Allah tidak akan menetapkan suatu perkara itu berlaku begitu sahaja jika tidak ada pengajaran atau ibrah daripadanya. Peristiwa Isra’ ini telah memberi isyarat bahawa Palestin dan Masjid Al-Aqsa adalah berkait rapat dengan keimanan kita. Kerana peristiwa Isra’ Mikraj ini adalah peristiwa yang hanya boleh diyakini dengan iman. Jika difikirkan logik akal, memang tidak masuk akal sekali orang dapat pergi ke Masjdil Aqsa dari Masjidil Haram dalam hanya satu malam dan kembali semula...