Israk Mikraj:1001 Ibrah Memimpin Mukmin.

بسم الله الرحمن الرحيم سبحان الذي اسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصا الذي باركنا حوله لنريه من اياتنا إنه هو السميع البصير Maksudnya: Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami.Sesungguhnya Dia Maha Mendengar Maha Melihat. (Surah Al-Isra’ ayat 1) Peristiwa Isra’ Mikraj ini cukup memberi ibrah yang besar buat seluruh umat Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam.Bukan kerana kelebihan bulan Rejab ini,dan bukan juga kerana tarikh keramat 27 Rejab namun ia adalah kerana apa yang dilalui oleh baginda sebelum diperjalankan,semasa dan selepasnya.Isra’ dan Mikraj merupakan satu mukjizat,walaupun di sana terdapat khilaf mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini. IBRAH 1: ISRAK MIKRAJ PENAWAR DUKA BAGINDA Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam m...