Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

TINTA JUMAAT KALI KE 19

Imej

TINTA JUMAAT KALI KE-18

Imej

Halaqah Ilmiah, Menambah Thaqafah Mahasiswa.

Imej
[Halaqah Ilmiah] Tajuk buku: Keamanan dari Perspektif Islam, karangan Dr Yusuf al Qaradhawi (hasil perbincangan). Keamanan membawa maksud ketenangan, ia adalah satu matlamat yang besar yang dibawa oleh Islam. Keamanan merupakan punca suburnya kebahagiaan, maka kalau ada sifat ketakutan tidak ada kebahagiaan bagi seseorang itu. Ia juga nikmat yang paling besar dalam kehidupan. Nabi telah bersabda: "من أصبح منكم امنا في سربه,معافى في جسده, عنده قوت يومه, فكأنما حيزت له الدنيا"رواه الترمذي و ابن ماجه "Sesiapa yang berasa aman dalam kelompoknya, sihat tubuh badannya, mempunyai makanan harian, seakan-akan dunia ini telah memenuhinya" Antara jalan yang paling besar dalam merealisasikan keamanan tersebut adalah dengan kecukupan (الكفاية), dan caranya adalah dengan bekerja, bukan dengan meminta-minta( sedekah). Bekerja dengan apa-apa pekerjaan. Selagimana tidak membebankan orang lain. Seorang Ansar yang datang kepada Nabi Muhammad meminta sedekah daripada bagi...

TINTA JUMAAT KALI KE 17

Imej

LIGA UKHUWAH BKASM 2014

Imej
Sempena ulang tahun BKASM yang ke-49,Lajnah Kesenian dan Sukan 2014 telah menganjurkan Futsal Ukhuwah Bkasm untuk menyatukan anak-anak Selangor dan mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan mereka. Futsal Ukhuwah BKASM 2014 merupakan program yang dianjurkan dibawah Lajnah Kesenian dan Sukan.Program yang julung kalinya ini diadakan pada hari Rabu bersamaan 25 Jun 2014 bertempat di Nadi Syabab,Musallas. Jumlah kehadiran adalah memberangsangkan baik dalam kalangan Pengajian Islam mahupun Sains Kesihatan. Tujuan Futsal Ukhuwah ini dianjurkan sempena menyambut ulang tahun Badan Kebajikan Anak Selangor yang ke-49.BKASM sudah bertapak di bumi Mesir ini selama 49 tahun dan banyak ujian dan cabaran telah dilalui.Dengan adanya program ini secara tidak lansung akan menyerap dan menambahkan lagi kasih dan sayang terhadap BKASM itu sendiri .Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan ahli Selangor itu sendiri.Nama dan tema yang ...