ROADSHOW BAKTISISWA BKASM 2014- KELANGSUNGAN GENERASI PELAPIS

LABUHNYA TIRAI ROADSHOW BAKTISISWA MESIR OGOS - SEPT - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2014 telah menganjurkan Program Roadshow Baktisiswa Mesir yang menghimpunkan pelajar-pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Program ini telah memulakan misi roadshow selama dua minggu iaitu 4 hari berturut-turut bermula pada 25 Ogos dan berakhir 4 Sept 2014. Sekolah pertama yang dikunjungi adalah Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Abdul Aziz Shah Batu 38, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah serta Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Baru.Penjelajahan minggu ke-2 dimulai dengan Sekolah Agama Menegah Jeram, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah,Sekolah Agama Menengah Tinggi Bandar Baru Salak Tinggi dan diakhiri di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin. Program Roadshow Baktisiswa Mesir ini telah membuka tirainya seawal jam 8.30 pagi dengan majlis perasmian dan ...