Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

MEMAHAMI ISLAM GAYA PARA SAHABAT RADIYALLAHU ANHUM - Tinta Jumaat Siri Ke-23

Imej
Islam yang telah sampai kepada kita hari ini adalah hasil dari berkat titik peluh usaha pendakwah terdahulu yang sanggup berkorban meninggalkan tanah air untuk menyampaikan Islam. Usaha dahsyat dari para mujahidin dan pendakwah terdahulu dalam membawa Islam sehingga 2/3 bumi ini menerima naungan agama tauhid ini. Lalu timbul persoalan apakah rahsia semua ini?? Mungkin satu sudut yang kita boleh nilaikan ialah kerana mereka memahami Islam dengan sebenar-benar kefahaman. Benarlah kata ulama, Islam yang sampai kepada kita hari ini ibarat sebatang sungai yang sedang mengalir. Semakin jauh dari hulunya, semakin kotor dan berkeladaklah ia. Kita ini sperti di hilir sungai yang telah jauh meninggalkan generasi rabbani dan salafus soleh. Ditambah lagi dengan keterbukaan media dan gejala fitnah zaman kini yang maha dahsyat,kita telah tenggelam dengan pelbagai masalah yang makin menjauhkan kita dengan kefahaman Islam yang sebenar. Faham Islam yang disematkan dalam diri para sahabat ...

JANGAN MINTA HIDUP YANG MUDAH, MINTALAH HATI YANG TABAH! - Tinta Jumaat Siri Ke-22

Imej
Firman Allah SWT:  “ Manusia tidak jemu memohon kebaikan & jika ditimpa malapetaka,mereka berputus asa dan hilang harapannya” (Surah Fussilat : 49)   Firman Allah SWT: “ Dan apabila kami berikan nikmat kepada manusia,dia berpaling dan menjauhkan diri(dengan sombong),tetapi apabila ditimpa malapetaka, dia banyak berdoa”  (Surah Fussilat : 51)       Berdasarkan ayat ini jelas menunjukkan sifat manusia itu mudah lupa diri.Fitrah manusia itu tidak berasa bosan dan jemu dalam meminta mahupun memohon kebaikan daripada Al- Khaliq untuk dirinya.Apabila Allah memberikan nikmatNya kepada hambaNya, maka manusia itu dengan sombong berpaling dari perintah Allah, takbur. malah lebih daripada itu. Ada yang merasakan setiap nikmat yang datang untuk dirinya adalah hasil daripada usahanya sendiri. Nauzubillah!     Namun, apabila Allah menjentik sedikit hati hamba-hambaNYA dengan menimpakan ujian mahupun musibah,...

MEREKA MENYANGKA MEREKA BERIMAN?? - Tinta Jumaat Siri ke - 21

Imej
MEREKA MENYANGKA MEREKA BERIMAN?? بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين أما بعد، Sebahagian manusia menyangka mereka adalah orang yang beriman dengan Allah SWT. Dengan erti kata lain, mereka menyangka mereka berada pada jalan kebenaran. Sedangkan pada hakikatnya, Allah SWT telah menimpakan kepada mereka penyakit hati. Tindakan mereka bukan sahaja mengundang malapetaka buat diri sendiri bahkan buat seluruh masyarakat yang bersama mereka. 1. Mereka menyangka mereka beriman sedangkan mereka hidup senang bermewah tanpa diuji dengan tentangan musuh-musuh Islam. Sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 214. “ أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب. ” 2. Mereka menyangka mereka beriman sedangkan mereka seringkali melakukan perpecahan dan merobohkan kesatuan yang s...

BERSABAR DALAM UJIAN BUKTI MUSLIM SEBENAR - Tinta Jumaat Siri ke - 20

Imej
Bersabar Dalam Ujian, Bukti Muslim Sebenar Allah berfirman di dalam Al-Quran: أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ (٢) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ   فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (٣) Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benar beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta (3) : Al-Ankabut ayat 2-3      Ayat ini menunjukkan fitrah hidup kita sebagai hambaNya seharusnya diuji lebih-lebih lagi orang yang beriman. Datangnya sesebuah ujian tersebut bukanlah untuk melemahkan kita bahkan mengua...

ISU ZAKAT - PERJUMPAAN WAKIL JAWATANKUASA BERTINDAK ZAKAT DAN YANG DI-PERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR MESIR

Imej
5 MEI 2015 -  Jam 2.40 p.m : PEJABAT ATASE SELANGOR – Berhubung dengan permasalahan semasa zakat yang berlaku,wakil Jawatankuasa Bertindak  Zakat Saudara Fikhry Hakim bin Fadzilullah dan Saudari Siti Aisyah binti Ismail beserta Saudara Anas bin Mohd Bhukhari,Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM)  Sesi 2014/2015 mengadakan pertemuan dua hala bersama Ustaz Mohammad Farid bin Mohammad Zainal selaku Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir  bagi membincangkan beberapa permasalahan yang berlaku seterusnya mencari solusi terbaik dalam menyelesaikan masalah ini. Topik perbincangan semasa yang diutarakan : 1-    Permasalahan zakat dermasiswa yang dihadapi oleh pelajar yang mengulang kali pertama 2-    Permasalahan bagi pelajar tajaan dermasiswa zakat  sesi 2010/2011 dan ke atas yang masih belum menamatkan pengajian.       Perbincangan ini diadakan berdasarkan beberapa ketetapan baru y...

RISALAH ILMIAH SIRI KEEMPAT : ENTER THE GARDEN OF ISLAMIC KNOWLEDGE

Imej
      All praise, gratitude and thanks to Almighty Allah, the Lord of the world, and all prayers and blessings are upon the chosen one, our beloved Prophet Muhammad, peace be upon him, his family, companions and those who follow him. As the Prophet (Blessings and peace be upon him) said: “ When Allah intends good for a person, He grants him understanding of religion. “ One of the means of finding happiness is understanding about Islam as learning about Islam brings contentment and pleases the Lord.       As the students of University Al- Azhar, the well-known Qiblat of Islamic knowledge, it gives us a lot of benefits and advantages in order to learn more about Islam in the most purest way. In this University we were taught by professors who have tremendous knowledge in specific fields of Islamic education. This directly gives us opportunities to be granted with achievement in the blessings of Allah by knowing and understand...

LAHIRKANLAH PEJUANG ALLAH - Tinta Jumaat Siri ke - 19

Imej
Wahai manusia… Wahai umat akhir zaman… Berjihadlah untuk melahirkan tentera Tuhanmu  ! Bermula dari pemilihan benih yang baik Lalu kandungkanlah tentera Tuhanmu Sedari awal lagi… Dodoikanlah dengan zikrullah Ceritakan padanya kisah-kisah pahlawan Islam Ceritakan padanya tentang kanak-kanak di Palestin Ceritakan padanya kanak-kanak miskin di Kashmir Ceritakan padanya kanak-kanak belasan tahun di Afghan… Mereka di Palestin berjihad dengan batu dan debu jalanan Mereka di Kashmir berjihad dengan doa dan air mata Mereka di Afghan… berjihad dengan M16 usang… Merempuh musuh-musuh Allah yang serba canggih peralatan  ! Tatkala si tentera Allah dilahirkan Sambutlah dengan gema takbir  ! Sarungkan ia dengan nama kepahlawanan Tarbiyyah kehidupannya agar menjadi tentera Tuhanmu… Jangan dilekakan dengan permainan dunia Jangan disogokkan dengan hiburan yang bersifat sementara Jangan disuapkan saban masa dengan makanan lazat dan enak ...