Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

KALAM YANG DI-PERTUA BKASM sesi 2014/2015 SEMPENA 50 TAHUN BKASM

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Segala pujian bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad SAW serta para keluarga dan sahabat baginda.  Pada tanggal 25 Jun 2015, maka telah genap 50 tahun penubuhan sebuah badan yang menaungi anak-anak Selangor di Perlembahan Nil ini. Nama yang berdiri gah di bawah naungan bahtera besar Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ini secara rasminya ditubuhkan pada tahun 1965. Berkat kesatuan dan dokongan seluruh ahlinya, maka nama Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) kekal terpahat dalam sejarah anak-anak Selangor sehingga kini. Pelbagai sejarah dan tribulasi telah mematangkan kesatuan ini. Ianya kekal sebagai satu sejarah yang akan diwarisi generasi zaman berzaman. Maka beruntunglah bgi mereka yang pernah mendokongi kesatuan ini dan amatlah malang bagi mereka yang sebaliknya.  Namun perkiraan umur bukanlah menjadi kayu ukur dalam menentukan hala tuju dan kejayaan sesuatu perk...

KURSUS TEKNIKAL (ASAS AUDIO & VISUAL)

Imej
Pada 20 Jun 2015 bersamaan hari Sabtu yang lepas, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2014/2015 di bawah kelolaan Lajnah Penerangan dan Penerbitan telah menganjurkan program Kursus Teknikal (Asas Audio dan Visual) aktiviti di bawah Kelab LPP. Kursus ini telah dilaksanakan terbuka kepada seluruh ahli BKASM dan khusus kepada semua Unit Promosi dan Penerbitan setiap Lajnah. Kursus ini telah diadakan di Musolla Darul Ehsan, Asrama Selangor, Hayyu Asyir.  Kursus ini dilaksanakan bertujuan memberi ilmu baru seterusnya dapat melatih mahasiswa/wi khususnya pelajar baru dalam menyelenggara alatan teknikal sama ada audio mahupun visual disamping mengasah bakat terpendam dalam kalangan mahasiswa/wi sekaligus melahirkan pelapis baru bagi peringkat PMRAM pusat dan cawangan. Aktiviti ini telah disertai oleh 9 orang mahasiswa dan seramai 26 orang mahasiswi. Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Waliuddin Bin Analis (Timbalan Pengarah PMC 1) dan dibantu oleh Ustaz...

IJTIMAK DUAT SIRI 2&3 (MUKHAYYAM TARBAWI) KELAB DAIE BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR sesi 2014/2015

Imej
Pada 16 dan 17 Jun 2015 , Kelab Daie telah menganjurkan Ijtimak Duat yang menggabungkan siri 2 & 3 buat julung kalinya pada sesi ini. Ijtimak kali ini berkonsepkan Mukhayyam Tarbawi bagi mencipta satu kelainan. Program selama dua hari ini adalah kesinambungan dari Ijtimak Duat siri 1 yang telah diadakan sebelum ini. Ijtimak kali ini mengkhususkan lima objektif perlaksanaan. Pertama adalah mendedahkan keperluan berdakwah secara berkelompok. Kedua adalah mengasah pemikiran Daie untuk mengaitkan ilmu dan isu serta suasana semasa sekaligus member  ilmu kesenian berdakwah sebagai persediaan menjadi Daie. Selain itu, menerapkan kefahaman menabur bakti melalui wasilah BKASM. Objetif  yang terakhir adalah menanam nilai tarbiah dalam diri seorang Daie. Satu Kelainan yang dibawa oleh pihak penganjur pada Ijtimak kali ini adalah sistem panggilan ujtuk menghadiri je Ijtimak Duat kali ini. Para peserta dikehendaki membawa barang yang dipertanggungjawabkan melalui  ...

HEART ’15 : HIMPUNAN RABITAH HATI MUHASABAH SEPARUH PENGGAL

Imej
HEART ’15 : HIMPUNAN RABITAH HATI MUHASABAH SEPARUH PENGGAL “Diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah. Pimpinan juga manusia seperti ahli yang tidak lari dari membuat kesilapan..”kalam penutup Yang Di-Pertua BKASM, Ustaz Anas bin Mohd Bhukhari.  “BKASM tidak akan mampu bergerak dengan baik tanpa bantuan ahli ibarat sebuah kapal yang lengkap dalamnya  perlu ada nahkoda dan ahlinya..”kalam penutup Timbalan Yang Di-Pertua II BKASM, Ustazah Siti Nurliana binti  Zainudin. 15 JUN 2015,KAHERAH: Kepimpinan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015 telah melepasi sesi separuh penggal pentadbiran. Bertepatan dengan itu, BKASM telah menganjurkan satu majlis Himpunan Rabitah Hati (HEART ’15). Majlis ini lebih berfokuskan kepada muhasabah dan cadangan antara pimpinan dan ahli untuk memperbaiki gerak kerja pentadbiran sekaligus meribat ukhuwah antara pimpinan dan ahli melalui sikap terbuka dalam menerima kritikan dan berlapang dada menerimanya. Majlis HE...

LAPORAN DAURAH FIQH PUASA KITAB SULAM AL-MUBTADI’ IHYA’ TARBAWI RAMADAN (IHTIRAM’15)

Imej
 Pada 13 & 14 Jun 2015 yang lalu, pihak IHTIRAM’15 Lajnah Dakwah & Tarbiah Badan Kebajikan  Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan Daurah Kitab: Fiqh Puasa sempena ambang Ramadan. Program yang bertempat di Musolla Darul Ehsan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran lebih 150 orang ahli BKASM daripada asrama mahupun korus. Pengisi bagi daurah ini ialah Yang Di-Pertua BKASM sendiri, Al-fadhil Ustaz Anas bin Mohd Bhukhari.   Pembentangan fiqh puasa yang diambil dari kitab Sulam Al-Mubtadi’ ini bertujuan bagi menambah thaqafah ahli sebagai persediaan meghadapi bulan Ramadan yang bakal tiba. Tambahan juga, ruang perbincangan tidak tertumpu kepada fiqh puasa sahaja, bahkan para hadirin turut dibentangkan dengan fiqh zakat dan iktikaf sebagai ibadah yang juga menjadi galakan untuk dilazimi di bulan Ramadan yang mulia ini.  Maka dengan ini, IHTIRAM’15 mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan....

INTAIAN HIKMAH MUSIBAH - Tinta Jumaat siri ke - 25

Imej
 Hamdanlillah. Mutakhir ini, kita terus menerus mengalami dan menyaksikan berbagai musibah yang melanda. Salah satu musibah yang terdekat adalah gempa bumi di Sabah. Adapun juga tidak dilupakan juga kepada saudara-saudara seislam di Negara Islam lain seperti di Palestin, Rohingya, Syria dan yang lain. Musibah ini bukanlah hanya ibtila daripada Allah semata bahkan ia tercetus daripada tangan-tangan mereka yang inginkan kehancuran lantasan mahukan perpecahan sesama islam sendiri. Pada dasarnya, musibah merupakan sesuatu yang begitu akrab dengan kehidupan. Adakah terdapat orang yang tidak pernah mendapatkan musibah, tentu tidak ada. Musibah adalah salah satu bentuk ujian yang diberikan Allah kepada manusia dan juga   sunnatullah   yang berlaku atas para hambaNya. Dan ia bukan berlaku pada orang-orang yang lalai dan jauh dari nilai-nilai agama sahaja namun juga menimpa orang beriman. Allah Ta’ala berfirman : اَلَّذِيْنَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ قَ...

RISALAH ILMIAH SIRI KELIMA - HOW IS YOUR VIEW ABOUT THE TINY ANTS?

Imej
Allah S.W.T said in Quran : “In the creation of the Heavens and earth, and the alternation of the night and day, and the ships which sail the seas to people’s benefit, and the water which Allah sends down from the sky by which He brings the earth to life when it was dead and scatters about in it. Creatures of every kind, and the varying direction of the winds, the clouds subservient between Heaven and earth, there are signs for people whose use their intellect” (Surah Al-Baqarah: 164) There are several facts about the amazing Ants as the following: - Ants are capable of carrying objects 50 times their own body weight; - Ants are the longest living insects in the world, living up to 30 years; and   - The largest ant colony ever found was over 6,000 kilometres or 3,750 miles wide.   The above facts are so impressive! Subhanallah!! These facts cannot be achieved by these amazing ants if they do not have special characters or positive attitudes. Even th...

ISTIQAMAHKAN KAMI - Tinta Jumaat Siri ke-24

Imej
“Aku terjaga wahai Rasulullah, menjadi sangat rindu kepada syurga, sedangkan umurku telah lanjut, tulang-belulangku telah lemah, aku juga sangat rindukan bertemu Tuhanku. Maka doakanlah untukku, wahai Rasulullah, agar aku diberi rezeki syahadah dan dapat bersama Khaisamah di dalam syurga,” Lalu Rasulullah S.A.W mendoakannya dan beliau syahid di dalam peperangan Uhud. - Abu Khaisamah R.A- Kisah di atas merupakan sebahagian daripada kisah para sahabat yang mempunyai kecintaan yang tinggi untuk bertemu Rabb-nya dalam keadaan yang terbaik. Kita tertanya-tanya, bagaimanakah generasi awal didikan Rasulullah S.A.W boleh mempunyai kecintaan dan semangat yang tinggi dalam memperjuangkan Islam? Ini tidak lain kerana mereka menyedari tujuan penciptaan mereka dan tanggungjawab yang telah Allah S.W.T taklifkan kepada mereka, untuk beribadah kepada ALLAH S.W.T, memberikan ketaatan dan kesetiaan kepada Allah, RasulNya dan orang-orang mukmin serta menegakkan kalimah Allah sehingga ke ma...