Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

CERPEN PELANGI SENJA - Hasil Karya Terbaik ( Kedua ) PENA '15 Bengkel Penulisan dan Penterjemahan

Imej
Tik..Tik..Tik.. Kedengaran bunyi air hujan menembusi atap rumah. Hujan renyai yang masih kelihatan di luar tingkap rumah membuatkan Aien Sofea teringat pada kisah yang berlaku 16 tahun lalu.Sekeping gambar ditatapnya setelah sekian lama.     “Zah,oh Zah!Buka pintu ni.” Bunyi ketukan pintu yang sangat kuat membuatkan Zahirah terjaga dari lenanya.Daun pintu yang diketuk berulang kali memaksa Zahirah membukanya dengan cepat.Dalam hatinya berkata pasti suaminya mahu meminta duit daripadanya untuk melangsaikan hutang-hutang yang ada.     “Lambat sangat buka pintu ni kenapa?Ingatkan pengsan dalam rumah” Dengan suara yang tinggi Daud memarahi isterinya. “Kenapa ni bang?balik je marah.Cakap elok-elok kan boleh.Anak-anak tengah tidur tu” Zahirah cuba mengawal emosinya. “Aku nak duit.” Daud mula meminta duit daripada isterinya.Bukan kali pertama perkara sebegini berlaku,tapi sudah berkali-kali.“ Mana saya ada duit bang.Anak-anak pun makan apa yang ad...

Aku Masih Di Sini - Hasil Karya Terbaik ( Johan) PENA '15 Bengkel Penulisan dan Penterjemahan

Imej
                                                 AKU MASIH DI SINI   Matanya terpanar merenung ke luar tingkap, fikirannya melayang-layang ke langit biru, jiwanya tenang menyelusuri daerah-daerah seni, jasadnya hanyut di lautan pena yang diciptanya. Sesekali jemarinya menari-nari menyelangi penanya memberi isyarat keghairahannnya untuk hanyut meninggalkan norma manusia. Begitulah citra hidup Luqman seorang pemuda berusia 18 tahun yang tinggal bersama ibunya di sebuah kampung yang bernama Kampung Bukit Hijau mengisi lapangan waktunya. Bapanya disayangi Tuhan lebih awal ketika usianya 4 tahun akibat kemalangan jalan raya. Sejak dari kecil aktiviti hariannya hanya dipenuhi dengan aktiviti yang menggembirakan hatinya sahaja seperti membantu ib...

QUDWAH HASANAH IBRAH BUAT UMMAH - TINTA JUMAAT SIRI KE - 34

Imej
QUDWAH HASANAH IBRAH BUAT UMMAH Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah“ (Surah Al-Ahzab : Ayat 21)      Sirah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW telah berjaya membina satu ketamadunan yang hebat, dan satu faktor yang menjadikan Nabi Muhammad seorang yang berpengaruh adalah kerana akhlak baginda yang mulia.      Bermula dari akhlak yang mulia ini, akhirnya bagida berjaya membentuk satu tamadun yang dihormati seantero dunia. Maka seharusnya kita mengambil memerhatikan dan mengambil iktibar, bagaimana usaha Nabi Muhammad SAW sehingga berjaya membangunkan satu tamadun yang hebat dalam masa 23 tahun dan mampu bertahan selama 1400 tahun!      Sebelum baginda diutus sebagai Rasulullah SAW, masyarakat Arab Jahiliyyah ...

GENERASI BARU JEJAKI SIRAH KE KOTA FAYYOUM

Imej
4 September 2015, Fayyoum - Urus Setia Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB) di bawah kelolaan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015 telah mengadakan jaulah ke Fayyoum yang diberi nama FAYYOUM DE’ TOUR. Jaulah ini adalah khusus bagi Mahasiswi Baru Selangor Mesir.  Antara objektif yang dianjurkan oleh USMB kerjasama Lajnah Sambutan & Rehlah bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dalam kalangan mahasiswi baru di samping menambah thaqafah serta dapat mengambil ibrah berkenaan dengan kisah Qarun di bumi Fayyoum.  Seramai 79 orang Mahasiswi baru beserta 2 orang musyrif qiadi BKASM dan sepasang mutazawwijin telah menyertai jaulah ke Kota Fayyoum ini. Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira selama tiga jam lebih untuk sampai ke destinasi. Di awal perjalanan, Unit Pengisian USMB telah mengadakan Kuiz KLIK MINDA di dalam bas untuk menguji tahap thaqafah peserta berkenaan tempat-tempat yang akan di lawati serta mengeratkan ukhuwah di kalangan peserta. Unit P...

TIKA UJIAN MENYAPA : ANDA YANG MANA ? - TINTA JUMAAT SIRI KE-33

Imej
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud : Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja hanya dengan mengatakan, ‘’Kami telah beriman’’ dan mereka tidak diuji ? (Surah Al-ankabut, ayat 2) Berdasarkan petikan kalam ALLAH ini, jelas menunjukkan setiap orang yang beriman dengan ALLAH dan Rasul-Nya akan hadir padanya satu ujian yang sesuai dengan kemampuan dirinya. Di sini, saya ingin berkongsi jenis-jenis manusia tika ujian menyapa dalam perjuangan dan urusan kehidupannya. JENIS PERTAMA : KAYU RAPUH Insan yang bersifat seperti kayu yang rapuh, mudah patah apabila ditekan. Biarpun sekecil-kecil masalah atau ujian yang mendatang, menjadi kayu yang mudah rapuh tetap menjadi pilihan. Dia yang mudah mengeluh, merasa tidak berjaya, sering menangis dan minta dikasihani apabila tekanan dan masalah mula menghentak dirinya. Insan bersifat sebegini haruslah melatih diri untuk berfikiran positif , berani dan berjiwa besar dalam me...

PENA '15 - Bengkel Penulisan dan Penterjemahan - Anjuran bersama Lajnah Penerangan & Penerbitan dan Lajnah Pendidikan

Imej
Pada 30 Ogos 2015 , Lajnah Pendidikan dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir ( BKASM ) telah mengadakan Bengkel Penulisan dan Penterjemahan ( PENA ) bertempat di Musolla Darul Ehsan , Asrama Selangor , Hayyu Asyir . Bengkel ini disertai oleh lebih 50 orang ahli BKASM dan BKAN taakhi cawangan Selangor iaitu negeri Melaka dan negeri Pahang . Bengkel ini dianjurkan buat julung kalinya bertujuan untuk mengasah pelapis mahir dalam Bahasa Arab di samping menggalakkan generasi pelapis menceburi dalam bidang penulisan dan penterjemahan. Slot pertama telah dikendalikan oleh Ustaz Amar Arif bin Ahmad Po’aad yang merupakan Mantan TYDP Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir ( KPIPM ) sesi 2012/2013 dengan tajuk Penulisan Puitis. Di dalam slot ini, Ustaz Amar telah menerangkan bagaimana untuk menjadi penulis yang baik dan mengadakan sedikit sesi latihan penulisan bersama peserta . Seterusnya pada slot kedua pula telah dikendalikan oleh Ustazah...