Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Kenyataan Yang Dipertua BKASM

Imej
27 Mac 2016, Kaherah - Berikutan insiden kemalangan yang berlaku kepada salah seorang pelajar Selangor, kita diperingkat BKASM berharap agar semua ahli dapat bertenang dan tidak menyebarkan berita-berita selain yang rasmi daripada Yang Dipertua BKASM dan Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir. Kita diperingkat BKASM mengharapkan agar seluruh ahli BKASM terus mendoakan sahabat kita yang ditimpa musibah kembali kepada keadaan sedia kala. Oleh itu, Insyallah peringkat BKASM akan melaksanakan solat hajat selama seminggu bagi mendoakan sahabat kita agar kembali pulih. Sirru A'la Barakatillah "Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan" Asraf bin Alias Yang Dipertua BKASM sesi 2015/2016

INJEKSI SENAT FAKULTI FASA II

Imej
13 MAC 2016, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Sesi 2015/2016 di bawah kelolaan Lajnah Pendidikan telah menjalankan satu program yang dinamakan “ INJEKSI SENAT FAKULTI FASA 2 “ khusus untuk mahasiswa dan mahasisiwi tahun satu. Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan umum tentang subjek-subjek kuliah tahun satu. Seramai 60 orang Mahasiswa dan Mahasisiwi baru yang terlibat dalam program ini. Program ini bermula pada jam 8 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam. Program ini berlansung di Musolla Darul Ehsan dan dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Ketua Lajnah Pendidikan iaitu Ustaz Muhammad Alauddin Bin Mohd Zulkifli. Seterusnya, mahasiswa dan mahasiswi telah dibahagikan mengikut syukbah masing-masing. Antara syukbah yang terlibat adalah pengajian Islam merangkumi syariah Islamiyah, usuluddin dan lughah. Seterusnya Mahasiswa Ikhwah ditempatkan di Musolla Darul Ehsan manakala akhawat di sutuh Asrama Selangor. Seramai 6 orang pengi...

NICE'16 - '' Bersama Membangunkan Ekonomi Islam ''

Imej
21 MAC 2016, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016 julung kalinya telah menganjurkan program mega Bazaria BKASM Nice Islamic Carnival (NICE’16) bertempat di Dataran Hayyu Aasyir yang berlangsung selama tiga hari pada 19-21 Mac 2016. Antara objektif atau tujuan program NICE ‘16 ini dilaksanakan adalah untuk membuka peluang perniagaan kepada ahli dan menjana kewangan BKASM serta  untuk memberi pendedahan kepada ahli tentang ekonomi khususnya berkaitana dengan ekonomi Islam. Disamping itu, untuk mengukuhkan kesatuan dalam kalangan mahsiswa khususnya ahli BKASM. Program NICE ‘16 ini telah disertai oleh seluruh ahli BKASM dan ahli-ahli dari BKAN lain. Seramai 24 orang tenaga pelaksana yang melaksanakan program NICE’16 diketuai oleh ustaz Mohamad Luqman Bin Mohamad Jasmi ( Ketua Lajnah Ekonomi BKASM sesi 2015/2016. NICE `16 telah bermula dengan kuliah subuh khas yang merupakan program ambang NICE ’16 di bawah tajuk “ Ekonomi Islam, Apa Peranan ...

TRAGEDI ANKARA – KESATUAN YANG DIIMPI? - Tinta Jumaat Siri ke - 17

Imej
Merentasi dunia yang penuh fitnah berlaku antara pelbagai jenis manusia, mutakhir ini semakin banyak isu dan kejadian buruk yang berlaku di sekitar kita di mana sering menggugat keamanan dan keharmonian masyarakat sejagat. Baru-baru ini dunia dikejutkan lagi dengan satu kejadian yang melibatkan kematian beramai-ramai di mana satu siri pengeboman berlaku di bandar Ankara, Turki yang melibatkan kematian sekurang-kurangnya seramai 37 orang dan 125 orang yang cedera. Pengeboman yang berlaku di bandar ini bukanlah kali pertama berlaku tetapi merupakan kali ketiga dalam tempoh enam bulan dan menyebabkan kematian seramai 170 orang secara keseluruhannya. Hal ini sedikit sebanyak memburukkan nama baik negara Turki sebagai sebuah negara Islam yang diketahui umum sebagai antara negara yang banyak memberikan kebajikan dan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat negara-negara Islam yang tertindas seperti memberikan penempatan kepada pelarian Syria dan Rohingya. Sifat double-s...

[ ISU ANTARABANGSA: LETUPAN BERSIRI DI ANKARA, TURKI ]

Imej
ANKARA,MAC 2016: Dunia digemparkan dengan kes terbaru iaitu letupan bom di Ankara yang mengorbankan 34 orang  manakala 125 cedera pada Ahad lalu.Bom itu dilaporkan meledak di Dataran Ataturk Bulvari dekat pusat bandar Ankara dan letupannya didengari dari jarak beberapa kilometer. Kesan letupan berkenaan, termasuk serpihan bahan yang terbakar telah tercampak ke radius beberapa ratus meter dan jatuh ke bangunan Kementerian Dalam Negeri, mahkamah serta bangunan pejabat perdana menteri yang lama.Menurut stesen televisyen tempatan NTV, letupan dipercayai akibat letupan sebuah bom kereta.Lokasi letupan berdekatan sebuah bas dan turut mencetuskan kebakaran beberapa kenderaan yang lain. Rentetan kejadian itu, pihak berkuasa Turki menutup kawasan pejabat kerajaan berkenaan serta melarang media daripada membuat laporan insiden berkenaan.Sementara itu Menteri Dalam Negeri, Afkan Ala berkata nama kumpulan di sebalik serangan itu bakal didedahkan selepas siasatan dijalankan. ...

MASJID DHIROR - Tinta Jumaat Siri ke - 16

Imej
Firman Allah yang bermaksud : Dan ( diantara orang –orang munafik itu ) ada yang mendirikan masjid untuk menimbulkan bencana ( pada orang –orang yang beriman ),  untuk kekafiran dan untuk memecah belah di antara orang – orang yang beriman, serta untuk menunggu kedatangan orang – orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka dengan pasti bersumpah, “kami hanya menghendaki kebaikan.” Dan Allah menjadi saksi bahawa mereka itu pendusta (dalam sumpahnya ). (Surah At –Taubah :9 :107)       Ayat ini diturunkan adalah untuk memberitahu kepada Rasulullah S.A.W. bahawa orang munafiq membangun Masjid Dhiror dengan niat untuk menghancurkan Islam dan mengelabui kaum muslimin. Tambahan pula, seperti yang kita ketahui tujuan masjid yang dibina oleh munafiq ini adalah kerana :             (1) Menyaingi dan membahayakan Masjid Quba’ yang dibina oleh Nabi Muhammad S.A.W.   ...

Yaum Thaqafi :"Memoir Kejatuhan Khilafah : Intipati dan Ibrah"

Imej
3 MAC 2016, KAHERAH - Unit Thaqafah di bawah Jabatan YDP BKASM sesi 2015/2016 telah mengadakan Yaum Thaqafi yang bertajuk "Memoir Kejatuhan Khilafah : Intipati dan Ibrah". Program ini dilaksanakan untuk memberikan pendedahan dan pencerahan pada ahli tentang isu semasa serta mengeratkan ukhuwah antara ahli BKASM. Program ini bermula selepas solat Maghrib bertempat di Musolla Darul Ehsan yang disampaikan oleh saudara Ahmad Muzani bin Abdul Rahman, mantan Exco Dakwah Keluarga Pelajar Terengganu. Fokus pengisian adalah pencerahan kepada ahli BKASM berkaitan sejarah kejatuhan Khilafah Islam dan punca kejatuhan. Beliau menegaskan bahawa antara punca kejatuhan Khilafah adalah masyarakat Islam yang tidak bersatu dan kejahilan mengurus negara serta pemahaman Islam yang tidak menyeluruh pada umat Islam itu sendiri. Semoga program yang telah diadakan ini dapat melahirkan ahli yang sentiasa cakna akan isu semasa Ummah dan sedar akan tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk membi...

Pemuda Penerus Perjuangan Dakwah - Tinta Jumaat Siri ke - 15

Imej
Firman Allah S.W.T surah An-Nahl mafhumnya:-  "Serulah ke jalan Tuhanmu (Muhammad) dengan hikmah (kebijaksaan) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih baik mengetahui orang yang sesat dari jalanNya. Dan Dialah jua yang lebih mengetahui orangyang mendapat hidayah petunjuk."   Pemuda adalah tunjang kekuatan agama Islam dalam meneruskan agenda dakwah dalam kehidupan manusia. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa antara kejayaan yang diperolehi oleh ummat Islam adalah dibawah pimpinan golongan pemuda. Para      sahabat Nabi Muhammad S.A.W. seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar,Saidina Uthman dan Saidina Ali adalah contoh  terbaik yang telah berjaya memimpin ummat Islam selepas kewafatan Baginda dengan acuan Islam yang sebenar. Oleh itu, menjadi peranan dan tanggungjawab kita bagi meneruskan perjuangan dakwah ini demi semata-mata ingin menegakka...

| ISU NEGARA DAN SERANTAU : GEMPA BUMI DI SUMATERA, GEGARAN DI BEBERAPA NEGERI MALAYSIA |

Imej
| ISU NEGARA DAN SERANTAU : GEMPA BUMI DI SUMATERA, GEGARAN DI BEBERAPA NEGERI MALAYSIA | 2 Mac 2016-RABU MALAYSIA: Negara kita digemparkan dengan beberapa gegaran yang dirasai beberapa tempat di Selangor dan Johor. Gegaran yang dirasai berikutan hasil gempa bumi kuat berukuran 7.9 skala ritcher yang berlaku di barat daya Sumatera pada Rabu malam. Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia setakat ini. Seterusnya, isu ini menjadi hangat kerana berkaitan dengan geografi negara jiran kita khususnya Indonesia yang sering mengalami gempa bumi kerana berada dalam Lingkaran Api Pasifik. JAKARTA : INDONESIA Ketua Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Andi Eka Sakya berkata gempa bumi berukuran 7.8 pada skala richter dilaporkan berlaku di perairan Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat pada pukul 7.58 malam waktu tempatan. Antara kawasan yang merasainya adalah Padang di Sumatera Barat, Medan dan Aceh. Mana...

SNOW ' 16 - Telusuri Perjalanan Menggamit Sunnah Perjuangan "

Imej
25 Februari 2016 - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah mengadakan sebuah program jaulah ke Semenanjung Sinai, Sinai In Winter (SNOW '16) pada 31 Januari hingga 2 Februari 2016 diperingkat akhawat manakala diperingkat ikhwah pada 20 Febuari hingga 22 Febuari 2016. Jaulah ini merupakan julung-julung kali diadakan di peringkat akhawat dan merupakan kali yang kedua di peringkat ikhwah selepas diadakan buat kali pertama pada tahun 2015. Tujuan utama jaulah ini diadakan adalah untuk mengeratkan dan meribatkan lagi ukhuwah dalam kalangan ahli BKASM di samping menambahkan lagi pengetahuan peserta tentang sejarah yang ada di sepanjang perjalanan. Selain itu, hadaf jaulah ini diadakan adalah untuk membentuk peribadi muslim yang kuat jasmani dan ruhani. Jaulah SNOW '16 yang bertemakan "Telusuri Perjalanan Menggamit Sunnah Perjuangan" ini telah berlangsung dengan jayanya dengan mencatat peserta seramai 96 orang peserta dari kalangan ahli BKASM termasuk ...