Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

ISLAM ITU SATU NIKMAT - Tinta Jumaat siri ke 40

Imej
" Jika sekiranya mereka (orang bukan Islam) datang kepadamu (wahai Muhammad) , hukumlah mereka , ataupun biarkan mereka. Kalau kamu biarkan , mereka tidak boleh memberi apa-apa mudarat terhadap kamu. Kalau kamu hukum mereka , hukum dengan adil , sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil". (Surah Al-Maidah : Ayat 42)                Usaha  untuk memartabatkan dan meninggikan ajaran Islam adalah tuntutan agama bagi setiap orang yang beriman. Ia adalah cerminan sifat jati diri dan iman individu muslim itu sendiri. Tanggungjawab ini tidak boleh digadaikan dengan kepentingan dan habuan duniawi.                Teladanilah kisah Hatib bin Abi Baltaah dalam Surah Al-Mumtahanah ayat 2 , apabila Allah menurunkan ayat teguran dalam cubaannya menyampaikan rahsia perancangan Rasulullah S.A.W kepada kaum keluarganya yang...

BKASM Menjalinkan Hubungan Dua Hala Bersama MPP KUIS

Imej
23 SEPTEMBER 2016, SELANGOR- Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah mengadakan Kunjung Hormat bersama Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (MPP KUIS) yang bertempat di KUIS, Bandar Seri Putra. Kunjung Hormat ini, BKASM telah diwakili oleh Saudara Muhammad Hafiz bin Rasimi, selaku Timbalan Yang Dipertua 1 BKASM dan Saudara Anas bin Mohd Bhukhari yang merupakan Mantan Yang Dipertua BKASM sesi 2014/2015. Pihak MPMK pula telah diwakili oleh 6 orang Ahli Majlis Tertinggi MPP KUIS yang diketuai oleh Saudara Mohd Farizul Adha bin Musa, Yang Dipertua MPP KUIS sesi 2016/2017. Sebagaimana sedia maklum, Kunjung Hormat ini merupakan kali pertama dibuat di antara BKASM dan MPP KUIS sebagai jambatan bagi membina hubungan antara kedua-dua pihak, selain untuk merealisasikan usul BKASM bagi sesi ini yang telah disepakati bersama. Pertemuan ini telah dimulakan dengan sesi pengenalan diri daripada kedua-dua pihak. Seterusnya, sesi memperkenalkan BKASM...

SEJARAH YANG SENTIASA BERULANG - Tinta Jumaat siri ke 39

Imej
Kisah- kisah yang berlaku ketika zaman para nabi telah diceritakan di dalam Al-Quran. Kita selaku umat Islam hendaklah menjadikan kisah- kisah tersebut sebagai pengajaran kepada kita kerana para ulamak mengatakan bahawasanya “Barang siapa yang tidak mahu mempelajari sejarah, maka ia akan mengulangi sejarah tersebut”. Oleh itu, kita ambil satu  contoh kisah yang diceritakan oleh Allah S.W.T. di dalam Al-Quran ketika zaman nabi Musa A.S. “Dan kalau kami mengkehendaki nescaya kami tinggikan dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu.tetapi ia  bermati –mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya, maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya ia juga menghulurkan lidahnya termengah – mengah.Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami.Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.” (Surah Al- A’raf ayat 176) Ayat ini menceritakan tentang...

KENYATAAN BERSAMA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI KALI KE-II

Imej
SAMBUTAN MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN DAN GRADUASI BKAN JUMAAT, 16 SEP 2016 - Perjumpaan kali ke dua bersama Yang Dipertua (YDP) Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) telah diadakan di Asrama Rumah Pulau Pinang Hayyu Sabie, Kaherah, Mesir. Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Ustaz Asraf bin Alias selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) bertujuan bagi merancang satu program secara bersama yang melibatkan mahasiswa/wi yang cemerlang dan graduan khususnya di dalam pengajian islam. Program yang melibatkan seluruh jurusan pengajian islam ini adalah bagi meraikan mahasiswa/wi diperingkat anak-anak Negeri bersama BKAN-BKAN negeri masing-masing  di dalam satu majlis yang melibatkan semua peringkat. Selain itu, ia merupakan satu penghargaan yang besar khususnya kepada graduan-graduan yang bakal berkhidmat di tanah air apabila pulang ke Malaysia kelak. Majlis akan diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu dari kalangan guru-guru di pengaji...

SAEIDHA ' 16 Membentuk Ahli Berkorban

Imej
11-14 SEPTEMBER 2016, KAHERAH- Telah berlangsung pada 11 hingga 14 September 2016 dengan jayanya Program Sambutan Eidul Adha 2016 (SAEIDHA’16) anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir. Program ini telah berlangsung selama 4 hari, padat dengan aktiviti yang telah disediakan oleh pihak SAEIDHA’16.  Objektif utama program SAEIDHA’16 kali ini adalah untuk menghayati konsep pengorbanan dalam merealisasikan erti sebenar Eidul Adha dan menambahkan thaqafah ahli melalui pengisian yang dilaksanakan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Pada 11 September 2016, Program Sambutan Eidul Adha 2016 (SAEIDHA’16) telah dimulakan dengan slot Ambang SAEIDHA’16 iaitu Pembentangan Fiqh Qarban sejurus selepas waktu asar. Slot ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Jasry Raimy bin Johari, Ketua Penasihat BKPPPM. Selepas Maghrib pula diadakan majlis Iftar Jamaie bersempen...

MANIFESTASI PENGORBANAN - Tinta Jumaat siri ke 38

Imej
                  Perbezaan suasana sambutan Hari Raya Eidul Adha yang disambut di Mesir, Malaysia, Arab Saudi dan negara lain kadangkala membuatkan kita merasai pengalaman yang berbeza.Yang pastinya bukan di mana tetapi bagaimana sambutannya dimanifestasi.                   Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Hajj ayat 36-37 yang bermaksud : (Maka makanlah sebahagiannya(daging korban) dan berilah makan orang yang merasa cukup dengan apa yang ada padanya (orang yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Daging-daging korban dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredhaan Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Jika kita soroti sejarah ketika mana Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim A.S untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail A.S, keduanya segera melaksanaka...

BKASM MEMPERKASAKAN HUBUNGAN LUAR – PERTEMUAN RASMI WAKIL BKASM BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR.

Imej
9 September 2016 , SHAH ALAM – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir telah mengadakan satu pertemuan rasmi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Tuan Haji Hussin bin Mohd Ali di Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor, Shah Alam. Pertemuan ini telah diwakili oleh Saudara Muhammad Hafiz bin Rasimi, Timbalan Yang Dipertua I BKASM, Saudari Nuraishah binti Zainuddin, Timbalan Ketua Lajnah Penerangan & Penerbitan BKASM, dan tiga orang wakil dari jawatan penggerak zakat iaitu Saudara Muhammad Nazim bin Bahnan, Saudari Siti Aisyah binti Ismail dan Saudari Siti Hajar Aisyah binti Sakdon. Turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa Lembaga Zakat Selangor iaitu Encik Mohamad Farid bin Mohamad Zainal, Eksekutif Syariah di Lembaga Zakat Selangor, Puan Najwa binti Hj Abdul Rauh Pertemuan ini dimulakan dengan sesi taaruf di antara wakil BKASM dan ahli Lembaga Zakat yang turut hadir. Seterusnya, pengenalan ringkas mengenai Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir mengenai objektif penubu...

BKASM MELEBAR SAYAP - Kunjung Hormat bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor

Imej
8 September 2016, SHAH ALAM - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) yang diwakili Saudara Muhammad Hafiz bin Rasimi, Timbalan Yang Dipertua I BKASM  telah membuat satu kunjungan rasmi ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor serta mengadakan pertemuan bersama Yang Berhormat Dato' Dr Haji Ahmad Yunus bin Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi. Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Saudara Muhammad Nazim bin Bahnan, Ketua Jabatan Fasilitator BKASM (JATA) dan Saudara Muhammad Faez Ehsan bin Mohd Supian, Mantan Setiausaha Agung BKASM.  Kunjung Hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala di antara Kerajaan Negeri dan BKASM di samping menyampai penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang banyak membantu kebajikan pelajar-pelajar Selangor di Mesir. Pertemuan ini juga menjadi medium BKASM untuk menyampaikan hasrat dan  membincangkan permasalaha...

DISEBALIK SURAH AL-KAUTHAR - Tinta Jumaat siri ke 37

Imej
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. {Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak . Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah). Sungguh, orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat Allah). (AL-KAUTHAR: 108 :1-3)     Al-Kauthar yang membawa maksud kebaikan atau nikmat yang banyak,iaitu sungai di syurga. Merupakan surah yang ke 108, mengandungi tiga ayat dan diturunkan di Mekkah.Ia juga merupakan surah yang menjadi penghibur hati kepada Nabi Muhammad SAW kerana ketika itu baginda bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.    Melihat kepada maksud ayat pertama, Allah S.W.T telah memberikan kepada Nabi Muhammad SAW kebaikan yang tertinggi sehingga mencapai kepada kemuncaknya iaitu mendapat anugerah teragung kehebatan sungai Al-Kauthar didalam syurga. Oleh itu, kita sebagai ham...

ISU NEGARA | PERLAKSANAAN SYARIAT:JAMINAN KEAMANAN DAN KEADILAN

Imej
  Islam adalah agama yang membawa kesejahteraan kepada seluruh alam.Islam turun beserta dengan kesempurnaan syariat yang meliputi pelbagai sudut kehidupan manusia tanpa mengira warna kulit dan latar belakang.Oleh itu,tidak hairan apabila sejarah telah membuktikan syariat Islam bersifat fleksibel dan relevan sepanjang zaman tanpa infiniti kerana tujuan penurunannya adalah untuk menjamin keamanan dan keadilan manusia sejagat.  ISLAM DAN MAQASID SYARIAH   Allah swt mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W untuk menyempurnakan syariat dan hukum-hakam yang terpatri melalui wahyu Al-Quran. Perlaksanaannya memerlukan bimbingan yang mendalam, menyeluruh dan sempurna dan tidak terdapat di mana-mana sistem di dunia ini melainkan di dalam Al-Quran dan syariat yang terkandung bersamanya.  Syariat Islam bersifat syumul, realistik, adil dan dibina atas dasar manusiawi yang tinggi. Ini dapat dilihat dari maqasid syariah atau tujuan asas perlaksanaan syariah yang diseb...

Kenyataan Semasa HISBAH Selangor : Tingkatkan Keselamatan

Imej
Mutaakhir ini, kita digemparkan dengan berlaku banyak kes yang melibatkan keselamatan ahli BKASM. Oleh itu, Unit Hisbah di bawah Jabatan YDP Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) menyeru agar seluruh ahli BKASM  meningkatkan tahap keselamatan dan mengikuti panduan keselamatan yang telah digariskan . Sehubungan itu, berikut merupakan garis panduan keselamatan yang ditetapkan oleh Unit Hisbah BKASM  : 1. Pastikan segala dokumen penting ( seperti passport atau salinan passport dan kad pelajar ) dibawa bersama ketika keluar dari rumah. 2. Merancang perjalanan agar tidak balik lewat malam. 3. Berjalan secara berkumpulan (sekurang-kurangnya tiga orang) terutamanya pada waktu malam. Bagi akhawat, hendaklah menggunakan perkhidmatan musyrif. 4. Elakkan berjalan secara berseorangan pada waktu malam. 5. Elakkan diri ke tempat-tempat yang panas atau black area . 6. DILARANG melalui SUQ SAYYARAT dan LORONG GELAP KE GAMEK apabila waktu malam. 7. Disarankan mela...

Kenyataan Rasmi YDP BKASM Terhadap Isu Penempatan Anak-Anak Melaka Mesir

Imej
Firman Allah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Ali Imran: 200) Isu penempatan anak Melaka di Rumah Melaka Sementara ( RMS ) Hayyu Sabi, kita Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) rasa terpanggil untuk menyatakan  kebersamaan terhadap isu yang berlaku. Isu ini merupakan isu hak anak-anak Melaka yang tidak sepatutnya diambil enteng dan perlu dipertahankan. Justeru itu, kita BKASM menyarankan agar pihak berwajib dapat berperanan secara profesional dan mengambil tindakan dengan segera  dalam menyelesaik...

MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG ILAHI - Tinta Jumaat siri ke 36

Imej
Kehidupan seorang manusia tidak dapat dipisahkan daripada undang-undang atau sistem yang direncanakan oleh Allah S.W.T sama ada yang disukai mahupun yang dibenci. Kesemuanya perlu menurut seperti apa yang telah termaktub di dalam dua perlembagaan yang agung iaitu Al Quran dan As Sunnah.  Mengembalikan manusia  ke arah mendaulatkan undang-undang Ilahi bukanlah suatu tugas yang mudah kerana Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda :- بدأ الإسلام غريباً وسيعود غريباً كما بدأ فطوبى للغرباء " Islam itu muncul dalam keadaan asing dan akan kembali asing lalu beruntunglah orang yang asing itu."      Jika kita menyoroti coretan sejarah Nabi terdahulu, kita akan dapati bahawa tugas Nabi adalah mengembalikan kehidupan manusia  daripada penyembahan terhadap makhluk, tunduk kepada sistem perundangan makhluk kepada ke arah kehidupan yang bersumberkan wahyu ilahi di setiap aspek kehipuan manusia tersebut. Sebagai contoh Namrud dan Nabi Ibrahim Alah...

ISU NEGARA | VIRUS ZIKA:KES PERTAMA DI MALAYSIA

Imej
1 SEPTEMBER 2016- Malaysia digemparkan dengan satu berita apabila Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) menerima laporan satu kes mangsa yang disyaki dijangkiti virus Zika pada 31 Ogos 2016..Pesakit adalah seorang wanita berumur 58 tahun yang menetap di Bandar Botanic,Klang,Selangor.  Susulan daripada itu,satu penyiasatan kes telah dilakukan untuk mengenal pasti symptom-simptom gejala awal virus Zika.Di samping itu KKM turut memulakan kawalan vector di kawasan kediaman kes dan tempat-tempat yang pernah dilawati oleh pesakit.  Saranan kepada semua rakyat Malaysia agar mempertingkatkan keselamatan dengan membersihkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes  dan berhati-hati dengan sebarang simptom yang menjurus kepada penyakit virus Zika ini seperti demam,ruam, dan conjunctivis.Jika terdapat sebahagian simptom,maka digalakkan membuat pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera kerana ‘ mencegah lebih baik dari merawat’ AL-QURAN MERAKAM ANTARA PENYAKIT BERPUNCA DA...