Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

KERANA PANJANGNYA JALAN DAKWAH - Nukilan Siswa siri 41

Imej
Allah S. W. T berfirman berkenaan doa Nabi Zakaria A.S. : Maksudnya : “ Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalanku”.(Surah Maryam : ayat 4-5) Sesungguhnya dunia telah menyaksikan peralihan generasi dalam satu tempoh masa yang panjang. Bermula dari nabi yang pertama diutuskan iaitu Nabi Adam A.S sehinggalah ke hari ini setelah kewafatan Rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Tugas mentadbir bumi dengan berpandukan syariat ilahi diteruskan dengan legasi kepimpinan khalifah bermula daripada Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan diganti dengan khalifah-khalifah seterusnya. Hal ini bertitik tolak mengenai kesedaran perlunya kepada generasi pelapis yang akan membawa suara Islam dengan syumul demi memastikan Islam terus berlayar di persada alam. Allah telah memperkenankan doa Nabi Zakaria A.S dengan kelahiran seorang nabi peneru...

CHILL '17 : SHARING THE MOMENTS

Imej
13 - 22 OGOS 2017, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017 telah menganjurkan satu jaulah ke Matruh dan Siwa yang dinamakan Creating Happiest Memories in Life 2017 (CHILL '17). Objektif CHILL '17 adalah untuk mengeratkan ukhuwah islamiah dalam kalangan peserta dan meningkatkan tarbiah dan thaqafah peserta melalui aktiviti yang dijalankan. CHILL '17 ini telah diadakan selama tiga hari dua malam iaitu pada 13,14 dan 15 Ogos 2017 bagi akhawat, manakala 20, 21 dan 22 Ogos 2017 bagi ikhwah. Antara tempat yang dilawati oleh peserta seperti Hamam Cleopatra, Pantai Ajiba, Pantai Abyadh , Suq Libya , Tasik Garam, Kolam Cleopatra, Kota Lama Siwa dan Jabal Mauta. Pelbagai aktiviti riadah dan pengisian rohani telah diadakan untuk para peserta. Semoga melalui jaulah ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan peserta khususnya dan ahli BKASM secara amnya dan dapat menambahkan iman dan takwa di samping menjadi salah satu wasilah tarbiah kepada ah...

OPTIMIS DENGAN MASA DEPAN ISLAM - Nukilan Siswa siri 40

Imej
        Mengikuti perkembangan Islam di media-media sosial. Kita melihat bahawa Islam seumpama produk yang semakin diminati oleh masyarakat. Di mana-mana tempat masyarakat berbicara tentang apakah jalan penyelesaian yang mampu dilakukan oleh Islam bagi menyelesaikan kemelut permasalahan yang berlaku pada hari ini.          Kepimpinan yang telah dirosakkan oleh ideologi-ideologi ciptaan manusia, hari ini agak segan menunjukkan sikap keras menolak perlaksanaan undang-undang Islam. Tidak seperti 50 tahun dahulu. Ini adalah kesan kejayaan dakwah para ulama terdahulu menerangkan batasan iman dan kufur dengan penuh sabar. hingga sekular yang pekat menjadi cair.         Hari ini masyarakat Islam cukup berminat menghantar anak anak mereka mengaji agama. Institusi pendidkan Islam yang sedia ada seolah-olah tidak menang tangan. Maka institusi pendidikan Islam kini tumbuh bagai cendawan selep...

KUNJUNG HORMAT BERSAMA Y.BHG SS. DATO' SETIA HJ. MOHD. TAMYES BIN ABD. WAHID : KEBAJIKAN TERUS DIUTAMAKAN

Imej
18 Ogos 2017, SELANGOR DARUL EHSAN - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017 telah mengadakan pertemuan bersama  Y.Bhg SS. Dato' Setia Hj. Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid (Dato’ Mufti Selangor) bertarikh 18 Ogos bertempat di Bangunan Jabatan Mufti, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.         Pertemuan bersama Y.Bhg SS. Dato' Setia Hj. Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid adalah pertemuan julung-julung kalinya diadakan bagi membina hubungan di antara BKASM dengan Jabatan Mufti pada sesi ini. Pertemuan ini diwakili oleh pimpinan BKASM iaitu saudara Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi dan ditemani oleh saudara Muhammad hafiz bin Rasimi sebagai wakil Panel Zakat BKASM. Pertemuan ini lebih kepada membincangkan perkara berkaitan zakat kepada Asnaf fi Sabilillah dan beberapa perkara yang lain.         Akhirnya, harapan daripada peringkat BKASM supaya pertemuan dan perbincangan ini dapat membuahkan hasil yang baik kepada anak-anak Selangor yan...

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI KELANGSUNGAN PROGRAM BERSAMA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI

Imej
  11 Ogos 2017(Jumaat). Perjumpaan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri telah diadakan bertempat di Asrama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Hayyu Sabiek Kaherah. Perbincangan  yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Arif bin Hamzah selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM)  adalah bertujuan  menyelaraskan beberapa program  mega secara bersama.     Perbincangan ini bagi menekankan berkenaan kelangsungan kebersamaan Badan Kebajikan Anak Negeri dalam membawa  kebajikan kepada ahli disamping memperkukuhkan ukhuwah diantara mahasiswa/wi sebagaimana yang telah di bawa dalam resolusi Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri yang lepas.   Sebagaimana program-program yang telah dilaksanakan sebelum ini, peringkat yang Dipertua telah bersetuju untuk melaksanakan beberapa program sama ada melibatkan semua negeri atau beberapa negeri sahaja. Ia adalah mengikut kepada kesesuaian dan manfaat yang boleh diberikan...

MUHADHARAH AMMAH : SIRI KEDUA - SAMBUNGAN BACAAN HADIS SOHIH AL-BUKHARI (KITAB AL-FITAN)

Imej
17 OGOS 2017, KAHERAH - Unit Thaqafah di bawah Jabatan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2016/2017 telah mengadakan Muhadharah Ammah siri kedua sambungan bacaan hadis sohih al-Bukhari oleh Al-Fadhil Syeikh Rif'at Fauzi bin Abdul Mutalib bertempat di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir. Antara objektif diadakan Muhadharah Ammah ini adalah untuk menambah thaqafah ahli dan memberi pendedahan kepada ahli tentang hadis sohih Al-Bukhari bab fitan. Majlis bermula sejurus sahaja selesai solat maghrib dan solat sunat hajat. Selepas itu, sementara menunggu kehadiran syeikh ke tempat program, majlis mengisi masa tersebut dengan bacaan kitab hadis 40 akhir zaman, kemudian majlis diteruskan dengan muhadharah ammah sambungan bacaan hadis sohih al-Bukhari (kitab al-fitan) dan setelah berakhirnya bacaan hadis sedikit tausiah berkaitan dengan pengorbanan telah disampaikan oleh syeikh. Pada akhir majlis disediakan ruang sesi soal jawab buat para hadirin yang hadir. Peng...

PERTEMUAN BERSAMA Y.B DATO’ DR. HAJI AHMAD YUNUS BIN HAIRI : KEBAJIKAN TUNJANG ORGANISASI

Imej
  16 Ogos 2017, SELANGOR DARUL EHSAN - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017 telah mengadakan pertemuan bersama Y.B Dato’ Dr. Haji Ahmad Yunus bin Hairi (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi) bertarikh 16 Ogos 2018 bertempat di Pejabat SUK, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.         Pertemuan bersama Y.B Dato’ Dr. Haji Ahmad Yunus bin Hairi diwakili oleh pimpinan BKASM saudara Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi serta ditemani oleh saudara Mohd Azwan bin Abdull Aziz sebagai penasihat BKASM serta wakil BKASM yang lain. Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan beberapa perkara antaranya program berkaitan akademik serta kebajikan bagi anak-anak Selangor yang berada di Mesir.         Di akhir pertemuan, Y.B Dato’ Dr. Haji Ahmad Yunus Bin Hairi menasihatkan kepada seluruh anak-anak Selangor yang berada di perlembahan Nil ini agar menuntut il...

[ PERMOHONAN DANA MAHABBAH FASA 2 ]

Imej
Cara-cara permohonan :- 1. Muat turun borang di web BKASM 2. Isi maklumat dengan lengkap  3. Scan dan email kepada pentadbiranbkasm@gmail.com Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Ogos 2017. "Ithar Dihayati Mahabbah Dirasai" "Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan" Unit Dana Mahabbah Jabatan Yang Dipertua BKASM sesi 2016/2017 #KITAPMRAM #BersamaBersatu #BersatuBerbakti

MENGIKUTI TARBIAH GENERASI SAHABAT Nukilan Siswa Siri 39

Imej
   yang bermaksud : Allah berfirman           Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya), dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran yang keras (kepada orang-orang yang ingkar). (Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan supaya kamu kuatkan agamaNya serta memuliakanNya, dan supaya kamu beribadah kepadaNya setiap masa. (Surah Al-Fath : ayat 8-9)         Rasulullah merupakan murabbi teragung yang wajib diikuti oleh semua umat manusia. Qudwah hasanah yang sentiasa menghiasi diri baginda menjadikan peribadinya sentiasa diikuti sepanjang zaman dalam setiap ruang lingkup kehidupan.        Peribadi baginda yang soleh, menyebabkan baginda disayangi dan dipercayai oleh penduduk Mekah sehingga mer...

YAUM THAQAFI - BICARA PALESTIN : DARAH INSAN VS DARAH NYAMUK

Imej
7 Ogos 2017, KAHERAH – Unit Thaqafah di bawah Jabatan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2016/2017 telah mengadakan Yaum Thaqafi yang bertajuk "Bicara Palestin : Darah Insan vs Darah Nyamuk" bertempat di Musolla Darul Ehsan. Antara objektif diadakan Yaum Thaqafi ini adalah untuk menambahkan thaqafah ahli dan memberi pendedahan tentang isu semasa umat Islam kini.            Majlis bermula sejurus sahaja selepas solat maghrib dan diikuti dengan Solat Hajat Perdana bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam khususnya di bumi Palestin. Selepas itu, majlis diteruskan dengan slot Talkshow yang bertajuk "Bicara Palestin : Darah Insan vs Darah Nyamuk" yang dikendalikan oleh saudara Muhamad Hakim bin Mohd Nasir dan dua orang ahli panel yang cukup hebat iaitu saudara Dr. Nik Muhamad Al-Amin bin Nik Azman (Pengarah Mentor Council PERUBATAN sesi 2016/2017) dan saudari Sofia Alwani binti Ali (mantan Ahli Jawatankuasa Tadb...

KEMENANGAN ISLAM PASTI AKAN BERULANG - Nukilan Siswa Siri 38

Imej
“Demi sesungguhnya pada kisah Nabi-nabi itu terdapat pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman.” (Yusuf: 111) Ayat ini menceritakan mengenai sirah-sirah umat terdahulu untuk memberi didikan bagi mereka yang sentiasa mengambil pelajaran. Dari ayat ini juga jelas menerangkan bahawa kisah-kisah yang Allah sebutkan itu mempunyai pengajaran yang amat besar. Justeru, sebagai umat Islam kita perlu banyak mengkaji dan mempelajari sejarah agar dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. Umum mengetahui, antara sejarah yang menceritakan tentang kemenangan Islam adalah kemenangan yang dicapai umat Islam dalam pembukaan Kota Konstantinopel. Seorang  pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Al-Fatih telah berjaya menakluki Konstantinopel kerana m...

ROADSHOW '17: TERUSKAN MEMBERI INSPIRASI

Imej
JULAI 2017, SELANGOR, MALAYSIA - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017 sekali lagipada kali ini turun ke medan demi melaksanakan Program Roadshow Baktisiswa Mesir yang saban tahun diadakan ketika ahli-ahlinya pulang ke tanah air Malaysia. Sasaran program terarah kepada 8 buah sekolah agama menengah sekitar Selangor. Program yang diketuai oleh saudara Khairul Adha bin Hamdzani ini mempunyai objektifnya yang tersendiri. Salah satunya, meningkatkan motivasi pelajar untuk cemerlang dalam STAM, di samping memperkenalkan Al-Azhar sebagai universiti pilihan. Selain berkongsi kaedah penguasaan Bahasa Arab berdasarkan pengalaman di Mesir. Didatangkan dengan konsep konsultansi, ia melibatkan Slot Maan Nanjah dan Slot Motivasi dengan jemputan pengisi yang bukan calang-calang yang terdiri daripada bekas pelajar sekolah yang terlibat. Bahkan yang lebih menarik dan produktif, kita memperanankan fasilitator daripada penuntut Universiti al-Azhar sendiri untuk ...