PERFORM ’18 : PENERUS LEGASI MULTIMEDIA TAAKHI

21-22 FEBRUARI 2018 – HAYYU ASYIR : PERFORM ’18 anjuran bersama Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM, BKMIP, BKKIMM dan DPM Tanta telah diadakan baru-baru ini bertujuan bagi melahirkan pelapis dalam bidang multimedia dan bagi mengeratkan hubungan sesama ahli BKAN Taakhi di Mesir. Program tersebut telah berlangsung selama dua hari bermula jam 1.00pm-5.30pm bertempat di Surau Kompleks Indera Mahkota, Hayyu Asyir. Program tersebut telah dihadiri oleh 60 orang peserta daripada tiga BKAN iaitu BKASM, BKMIP dan BKKIMM serta DPM Tanta dengan yuran penyertaan sebanyak LE 20 seorang. Bagi hari pertama PERFORM ’18, majlis dimulakan dengan taklimat program yang disampaikan olehs saudaraMuhammad 'Afif Helmi bin Mohd Nawawi (Pengarah PERFORM ’18) dan diteruskan dengan asas-asas Adobe Photoshop yang telah dibentangkan oleh saudara Muhammad Zulkhairi bin Dzulhasnan (Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2017/2018). GKB juga diadakan yang dibantu oleh mentor yang dijemput...