Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

SAEIDHA '18 : PENGORBANAN YANG MENGUKUHKAN KESATUAN

Imej
20-23 Ogos 2018, Kaherah : Program Sambutan Aidiladha 2018 (SAEIDHA '18) anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2017/2018 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor telah dilaksanakan dengan jayanya. Program yang berlangsung selama empat hari, padat dengan aktiviti yang bermanfaat buat ahli BKASM. Program SAEIDHA '18 telah  dirasmikan oleh Ustaz Hj. Mohd Yasser bin Abdul Ghani, Atase Pendidikan  Selangor Mesir. Ambang SAEIDHA '18 diteruskan pada waktu malam dengan satu talkshow yang bertajuk 'Pengorbanan Nadi Perjuangan'. Slot ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Yahya bin Samsul ditemani moderator saudara Muhammad Syakir Akmal bin Mohd Shaffari. Solat sunat Aidiladha secara berjemaah diadakan di Dataran Hayyu Asyir di bawah anjuran Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri yang telah berjaya menghimpunkan mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai negeri. Kemudian, berlangsungnya  praktikal sembelihan ayam di sebelah akhawat dengan menampilk...

HARI INI DALAM SEJARAH BKASM | EVAKUASI 2013 : KEBAJIKAN BKASM TERUJI DAN DIBUKTIKAN

Imej
28 Ogos 2013, Kaherah : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah diamanahkan untuk membantu dalam menguruskan proses Evakuasi Sukarela Rakyat Malaysia 2013 (Ops Piramid II), khususnya bagi mahasiswa dan mahasiswi Selangor di Mesir. Hari ini, pada tahun 2013 telah berakhirnya proses evakuasi yg telah berjalan bermula pada 20 Ogos 2013. Kepercayaan ini diberikan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) pada waktu itu, Ustaz Mohd Farid bin Zainal. Pusat pengumpulan pelajar adalah di Asrama Rumah Selangor, Hayyu Asyir. Seramai hampir 300 mahasiswa dan mahasiswi berjaya diuruskan dan dihantar pulang ke Malaysia. BKASM terlibat secara langsung dalam menguruskan bekalan makanan, pengemaskinian data, dan pengawalan keselamatan. BKASM juga membantu dalam menguruskan tiket kapal terbang serta pengangkutan pelajar ke lapangan terbang. Selain membantu pegawai HEP menubuhkan Bilik Gerakan Evakuasi peringkat negeri Selangor, beberapa orang pimpinan BKASM juga turut membantu menggerakkan Bi...

TOGETHER '18 : UKHUWAH DIRIBATKAN, SISTEM TAAKHI DIPERKASAKAN

Imej
1, 2, 11 dan 12 Ogos - Baltim : Creating Happiness Together in Baltim (TOGETHER '18) telah berjayakan dianjurkan oleh gabungan BKAN Taakhi Zon D iaitu Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM), Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP) dan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) yang bertempat Baltim, Kafr As-Syeikh. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjalinkan ikatan ukhuwah Islamiah sesama peserta dalam kalangan BKAN Taakhi di samping mengetengahkan jaulah sebagai salah satu wasilah tarbiah. Jaulah bagi akhawat telah berjaya dijalankan pada satu dan dua Ogos. Manakala jaulah bagi sebelah ikhwah pada 11 dan 12 Ogos yang lepas. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program antaranya ialah sukaneka, explorace, talkshow, tazkirah yang melibatkan ahli BKAN Taakhi sendiri. Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat meribatkan ukhuwah Islamiah di antara peserta seterusnya mengeratkan semangat taakhi yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri. "Un...