Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

PIALA BKASM 2018 : SEMARAK KESUKANAN MENJALIN PERPADUAN

Imej
13 & 15 SEPTEMBER 2018, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2017/2018 telah mengadakan Kejohanan Sukan Piala BKASM 2018 bertempat di Wafa El Amal, Nadi Zahra dan Nadi Syabab, Musallas. Program ini disertai oleh seluruh ahli BKASM yang hadir dan turut memberikan sokongan. Program ini bertujuan untuk menyuntik semangat kesukanan dalam diri semua ahli melalui sukan yang dipertandingkan di samping mengukuhkan ukhuwah Islamiah dalam kalangan ahli BKASM. Futsal dan bola tampar adalah dua acara yang dipertandingkan dalam kejohanan sukan ini bagi kategori ikhwah. Bagi sukan futsal  penyertaannya dibuka kepada semua ahli BKASM dan BKAN Taakhi. Sukan bola tampar pula penyertaannya dibuka khusus buat ahli BKASM. Kedua-dua sukan tersebut mendapat sambutan hangat daripada semua ahli BKASM. Bagi melicinkan lagi perjalanan program, pihak penganjur telah menjemput barisan pengadil daripada BKAN lain iaitu daripada BKAN Perak, Pahang, Pulau Pinang dan PERUBATAN Cawangan al-Az...