Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

HANYA SATU - Minda Siswa Siri 14

Imej
                            HANYA SATU Firman Allah SWT : “Sesungguhnya umat Islam ini umat kamu yang satu,Akulah Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan daku.”  (Surah Al-Anbiya’ : ayat 92) Banyak nas Al-quran dan hadis yang jelas menyatakan bahawa kesatuan adalah satu tuntutan syara’ dalam Islam. Konsep kesatuan yang dianjurkan oleh Islam dapat kita perincikan melalui qudwah Nabi Muhammad SAW. Umat Islam wajib menjadi penolong sebahagian yang lain dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Kesatuan merupakan aspek penting kepada umat Islam khususnya dari segi fikrah dan amal. Kesatuan fikrah menatijahkan kesatuan amal dalam sesebuah organisasi. Kebangkitan umat Islam berhajat kepada sokongan seluruh umat Islam supaya berada dalam satu manhaj dan satu matlamat yang sama. Perpecahan umat Islam akan menghalang usaha dan melambatkan kemenangan Islam serta akan sukar merealisasikan kebenaran Islam itu ...
Imej
“RAMADAN BULAN TARBIAH” Allah SWT telah menurunkan kitab al-Quran melalui Nabi Muhammad SAW dengan tujuan untuk mentarbiah hamba-Nya di muka bumi ini. Sebagai agama yang sangat menitikberatkan konsep tarbiah dalam Islam, Islam telah menggariskan suatu konsep tarbi a h yang lengkap lagi syumul untuk diikuti oleh manusia ke jalan yang diredhai-Nya. Firman Allah SWT di dalam al-Quran : إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا۟ وَجَٰهَدُوا۟ بِأَمْوَٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلصَّٰدِقُونَ Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Surah Al-Hujurat : ayat 15) Dalam ayat di atas menerangkan orang yang layak menyebu...

DIMANA BUMI DIPIJAK,DI SITU ISLAM DIJUNJUNG -Minda Siswa Siri 12

Imej
DIMANA BUMI DIPIJAK, DI SITU ISLAM DIJUNJUNG Perbincangan mengenai Islam dan barat biasanya dihantui dengan permusuhan dan penentangan di antara dua tamadun tersebut. Dalam hal ini, kebiasaannya media barat sering menjadikan umat Islam mangsa kritikan dan cemuhan kerana tidak memilih sikap perdamaian serta menuruti kehendak barat. Kemunculan tamadun barat yang membawa pengaruh sekularisme yang telah berakar umbi dan diterima pakai oleh mansyarakat barat, diperakui sebagai ubat yang mujarab bagi masyarakat barat yang dilihat telah berhasil mengeluarkan mereka daripada kemunduran dan kegelapan kepada kemajuan dan kemakmuran. Aliran pemikiran ini kemudian menjadi asas kepada beberapa isme-isme yang lain seperti humanism, positivism dan rasionalisme. Berbeza dengan tamadun Islam, konsep ketamadunan merangkumi dua asas yang penting yaitu aspek kerohanian.Perkara Ini meliputi agama, dasar pemikiran, budaya, nilai, adat dan undang-undang, Bahasa, sejarah dan adab. Seterusya aspek fiz...