Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019
Imej
[ ROADSHOW '19 | PEMUDA RABBANI PENERUS GENERASI ] 8-17 JULAI 2019 - Selangor, Malaysia : Program Baktisiswa Mesir 2019 (ROADSHOW '19) merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) untuk memberikan pendedahan awal berkenaan Al-Azhar dan Mesir kepada pelajar-pelajar STAM. Bagi tahun 2019, beberapa buah sekolah yang mempunyai calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) adalah menjadi sasaran. ROADSHOW '19 yang diketuai oleh saudara Muhammad Syukri bin Rosli ini bertujuan untuk berkongsi ilmu tentang kaedah penggunaan bahasa Arab yang baik melalui aktiviti yang dijalankan selain memberi motivasi melalui perkongsian pengalaman belajar di Al-Azhar dan Mesir dalam meningkatkan semangat dan kecemerlangan pelajar. Tema program pada kali ini adalah "Pemuda Rabbani Penerus Generasi" serta berkonsepkan "motivasi". Dua slot utama disediakan untuk para pelajar bagi menjayakan dua objektif utama program. Slot pertam...
Imej
[ TREMCO IMTIHAN : TERUS KOMITED MENJAGA KEBAJIKAN AHLI ] 25 MEI - 27 JUN 2019, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2018/2019 di bawah Lajnah Sambutan dan Rehlah dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir masih meneruskan penyediaan perkhidmatan Tremco Imtihan bersempena peperiksaan fasa dua yang telah berakhir pada beberapa hari yang lalu. Perkhidmatan Tremco Imtihan ini disediakan khusus buat seluruh ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir. Antara objektif perkhidmatan Tremco Imtihan ini disediakan ialah memudahkan perjalanan ahli untuk ke kuliah sepanjang musim peperiksaan serta mengeratkan ukhuwah dan sikap cakna sesama ahli. Selain itu, dapat memberi semangat kepada ahli BKASM yang menghadapi peperiksaan di samping menjayakan pembawaan BKASM pada sesi ini iaitu 'Mengukuhkan Kebajikan Tunjang Kesatuan'. Perkhidmatan Tremco Imtihan yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam dan Ulum Islamiah ini telah berlangsung sebanyak d...
Imej
[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ] Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2018/2019 sangat menitikberatkan agenda pentarbiahan bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan daripada segi rohani dan sahsiah. Sempena berakhirnya peperiksaan fasa dua, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2018/2019 menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Bermanhaj pada 5 Julai 2019. Semoga semua ahli di setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj serta dapat menggunakan sepenuh masa dan peluang dalam melaksanakan aktiviti ini. Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2018/2019 "Mantap Tarbiah Unggul Sahsiah" "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" #BersamaBersatu #BersatuBerbakti #KitaKeluargaBKASM