Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

[ SAEIDHA ’19 : PENGORBANAN MANIFESTASI KETAATAN ]

Imej
[ SAEIDHA ’19 : PENGORBANAN MANIFESTASI KETAATAN ] 10 - 14 OGOS 2019, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2018/2019 telah menganjurkan Sambutan Eidul Adha 2019 (SAEIDHA ’19) dengan jayanya. Program ini telah berlangsung selama 5 hari, padat dengan aktiviti yang disusun oleh SAEIDHA ‘19. Pada hari pertama, 10 Ogos 2019 di sebelah petang, Program Sambutan Eidul Adha 2019 telah dimulakan dengan slot Ambang SAEIDHA '19 iaitu pengisian yang berbentuk Muhadharah Ammah. Slot ini telah membedah sebuah kitab bertajuk 'Al Ilmu Fil Islam' yang dikarang oleh Sheikh Ali Abdul Basit Muzid dan disampaikan oleh Sheikh Ali Abdul Basit Muzid sendiri. Program diteruskan dengan jamuan Iftar Jamaie selepas Mahgrib sebelum diteruskan dengan Majlis Perasmian. Majlis Perasmian telah dimulakan dengan ucapan Pengarah SAEIDHA’19 iaitu Ustaz Amirol Akmal bin Mat Jelani dan diserikan lagi dengan ucapan Perasmian daripada Yang Dipertua BKASM Ustaz Nabil Rusyaidi bin Ramli. ...

[ KURSUS PENGURUSAN JENAZAH | ILMUAN BERBAKTI PENERUS LEGASI ]

Imej
[ KURSUS PENGURUSAN JENAZAH | ILMUAN BERBAKTI PENERUS LEGASI ] 12 OGOS 2019, Kaherah - Lajnah Dakwah dan Tarbiah di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2018/2019 dengan kerjasama Sambutan Eidul Adha 2019 (SAEIDHA’19) telah mengadakan ‘Kursus Pengurusan Jenazah’ untuk semua ahli BKASM bertempat di Musolla Darul Ehsan. Kursus ini dilaksanakan bagi menambah thaqafah ahli di samping melahirkan ahli yang mahir dalam pelbagai aspek pengurusan terutamanya pengurusan jenazah. Sudah sedia maklum bahawa hukum menguruskan jenazah adalah fardu kifayah yang menjadi kewajipan kepada mereka yang masih hidup untuk menguruskan jenazah dari awal hingga proses pengebumian. Kursus bermula sekitar jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang, dimulakan dengan ‘Teori Pengurusan Jenazah’ yang disampaikan oleh Ustaz Luqmanulhafiz bin Mohd Amir, Ketua Unit Thaqafah BKASM sesi 2018/2019. Pengisi menerangkan hukum-hukum dan perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika seorang pesakit ...