Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019
Imej
[ MARJAN ’19 l GENERASI PERMATA ISLAM ] 17 OKTOBER 2019, KHAMIS dan 19 OKTOBER 2019, SABTU – KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) buat julung-julung kalinya telah mengadakan satu program mega gabungan antara Haflah Najihin dan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-44 di bawah satu nama iaitu MARJAN ’19. Program yang telah diadakan pada 17 Oktober 2019 bermula dengan Haflah Najihin yang bertempat di Wisma Sultan Muhammad V, Hayyu Sabi’. Program ini diadakan bertujuan meraikan kejayaan para graduan dan graduanita pengajian Islam BKASM serta mahasiswa dan mahasiswi cemerlang pengajian Islam dan Perubatan di samping menyuntik semangat para mahasiswa dan mahasiswi untuk sentiasa komited dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu sehingga menatijahkan kejayaan untuk Islam. Program berlangsung dengan pengisian Muhadharah Ammah oleh Syeikh Habibullah Hassan Ahmad yang bertajuk “Peranan Pemuda dan Mahasiswa dalam Masyarakat Muslim." Program yang sudah dilaksanakan seban...

[ MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA MENTERI BESAR SELANGOR DAN MAJLIS KONVENSYEN SELANGOR ]

Imej
[ MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA MENTERI BESAR SELANGOR DAN MAJLIS KONVENSYEN SELANGOR ] 21-26 SEPTEMBER 2019, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2018/2019 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir telah menyambut kedatangan Y.A.B Tuan Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor dan beberapa delegasi dari Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jawatankuasa Pendukung Angkatan Sukarela Persekutuan Negeri Selangor (JAKPAS). Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah Tahun 2019 yang telah bermula pada 23 September 2019 sehingga 25 September 2019 di Hotel Tolip, Zahra' Madinat Nasr. Konvensyen ini diwakili oleh beberapa Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM yang menjadi peserta di dalam konvensyen tersebut. Wakil pembentang kertas kerja daripada BKASM iaitu Ustaz Muhammad Zulkhairi bin Dzulhasnan...