Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA SATU ]

Imej
[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA SATU ] Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan pendidikan. Seperti sedia maklum, pengajian fasa pertama bagi sesi 2019/2020 sedang rancak berlangsung dalam tempoh menuju tarikh peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi. Mahasiswa dan mahasiswi juga sedang bertungkus lumus membuat persiapan dari pelbagai sudut seperti menghadiri kuliah, menghadiri kelas tutorial dan membuat ulangkaji pelajaran bagi mendapatkan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Sehubungan dengan itu, BKASM telah memutuskan tarikh 1 Disember 2019 adalah tarikh penangguhan bagi semua program di peringkat BKASM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Hal ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi membuat persiapan dan persediaan dalam menghadapi peperiks...
Imej
STRUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM SESI 2019/2020 Berikut adalah struktur organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2019/2020. Senarai Ahli Jawatankuasa Tadbir Ikhwah : Muhammad Syukri bin Rosli (Yang Dipertua) Muhammad Zulkhairi bin Dzulhasnan (Timbalan Yang Dipertua I) Muhamad Hakim bin Mohd Nasir (Setiausaha Agung) Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar (Timbalan Setiausaha Agung I) Aiman Syahmi bin Azhari (Bendahari Kehormat) Mohamad Akmal bin Sohar (Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah) Amirol Akmal bin Mat Jelani (Ketua Lajnah Pendidikan) Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan (Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan) Mohamad Danial Affiq bin Mohamad Zuraidi (Ketua Lajnah Kebajikan) Norazimi bin Khusaini (Ketua Lajnah Ekonomi) Mohamad Syamil Akmal bin Zakaria (Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan) Muhammad Naqib bin Azhar (Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah) Muhammad Hazim bin Sabli (Ketua Lajnah Ke...
Imej
[ UCAPTAMA YANG DIPERTUA '19 ] 10 NOVEMBER 2019, AHAD, KAHERAH - Majlis Ucaptama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2019/2020 telah diadakan  bertempat di Dewan Masjid Tantawi, Hayyu Sabi'.Objektif Ucaptama Yang Dipertua '19 adalah untuk memperkenalkan barisan pimpinan dan pembawaan BKASM sesi 2019/2020 kepada ahli BKASM, membuka peluang kepada ahli untuk memberi pandangan dan cadangan terhadap pembawaan BKASM sesi kali ini serta mengeratkan ukhuwah Islamiah sesama ahli BKASM. Majlis telah bermula selepas Asar dengan pengisian Muhadharah Ammah daripada Syeikh Al-Khusyu'i bertajuk “Pengamalan Sunnah di Akhir Zaman”. Majlis Perasmian Ucaptama Yang Dipertua '19 telah bermula sejurus sahaja selesai solat Maghrib. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar selaku pengarah Ucaptama Yang Dipertua '19, seterusnya ucapan perasmian daripada Ustaz Muhammad Syukri bin Rosli, Yang Dipertua BKASM sesi ...