[ TREMCO IMTIHAN : TETAP TEGUH DALAM MENJAGA KEBAJIKAN AHLI ]

[ TREMCO IMTIHAN : TETAP TEGUH DALAM MENJAGA KEBAJIKAN AHLI ] 4 JANUARI – 23 JANUARI 2020, KAHERAH : Lajnah Sambutan dan Rehlah di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir pada sesi ini masih meneruskan penyediaan Tremco Imtihan bersempena dengan Peperiksaan Fasa Satu. Perkhidmatan Tremco Imtihan ini disediakan khusus buat seluruh ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir. Antara objektif perkhidmatan Tremco Imtihan ini disediakan adalah untuk memudahkan perjalanan ahli ke kuliah sepanjang musim peperiksaan dan mengeratkan lagi ukhuwah serta sikap cakna sesama ahli. Di samping itu, dapat memberi semangat kepada ahli untuk menghadapi peperiksaan. Hal ini sekaligus merealisasikan pembawaan BKASM pada sesi kali ini iaitu ‘Kukuh Kebajikan Teguh Kesatuan’. Perkhidmatan Tremco Imtihan yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam ini telah berlangsung sebanyak dua sesi. Sesi pertama pada jam 7:30 pagi manakala ...