[ COVID-19 : BANTUAN BEKALAN MAKANAN ASASI ]

[ COVID-19 : BANTUAN BEKALAN MAKANAN ASASI ] 19 APRIL-13 MEI 2020, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor telah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan bekalan makanan asasi kepada semua anak Selangor di Mesir yang telah terputus bekalan berikutan penularan wabak COVID-19 ini. Alhamdulillah, edaran fasa kedua telah dijalankan oleh beberapa orang wakil bagi setiap kawasan pada 19, 29 April dan 13 Mei 2020. Turut terlibat bersama Ustaz Mohd. Yasser bin Abdul Ghani, Pegawai Atase Pendidikan Selangor serta Ustaz Muhamad Ariff bin Noorzali, Warden Asrama Rumah Selangor dan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKASM dalam aktiviti edaran tersebut. Firman Allah SWT : وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ. Maksudnya : "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan...