
[ IHTIRAM DAN SYAWAL '20 | MADRASAH RAMADAN DIHAYATI KEMENANGAN SYAWAL DIRAI ] 23 APRIL - 24 MEI 2020, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2019/2020 telah berjaya mengadakan dua program mega iaitu Ihya' Tarbawi Ramadan 2020 (IHTIRAM) DAN SYAWAL '20. IHTIRAM DAN SYAWAL '20 yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan lalu, telah menyusun beberapa aktiviti berfokuskan peningkatan tarbiah, ukhuwah dan thaqafah ahli. Kelainan Ramadan pada tahun ini disambut dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kediaman masing-masing atas faktor COVID-19. Peringkat IHTIRAM DAN SYAWAL '20 menyusun program sebaiknya supaya ahli-ahli BKASM terus menumpukan pencapaian akademik tanpa mengabaikan kelebihan Ramadan sebagai madrasah tarbiah melalui penyertaan program-program 'online' yang telah disusun. Antara program-program IHTIRAM DAN SYAWAL '20 yang berjaya dilaksanakan ialah Solat Sunat Tarawih, 'caption' ilmiah Ramadan, tadar...