Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

[ MINDA SISWA | SIRI 8 : KESYUMULAN ISLAM ]

Imej
[ MINDA SISWA | SIRI 8 ] بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته KESYUMULAN ISLAM Firman Allah SWT : يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." (Surah al-Baqarah : ayat 208) Berdasarkan seruan dan perintah daripada ayat Allah di atas, perlulah kita faham bahawa membentuk diri kita dengan acuan Islam pada seluruh aspek kehidupan adalah satu kewajipan dan bukan sekadar laungan semata. Dunia hari ini telah banyak dibentangkan dengan pelbagai ideologi yang dicipta dari musuh Islam. Dan apa yang kita dapat lihat pada realiti akhir zaman, terdapat segelintir umat Islam sendiri yang telah termasuk ke dalam permainan ideologi-ide...