Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

[ PERTEMUAN YANG DIPERTUA BKASM BERSAMA ATASE PENDIDIKAN SELANGOR MESIR ]

Imej
 [ PERTEMUAN YANG DIPERTUA BKASM BERSAMA ATASE PENDIDIKAN SELANGOR MESIR ] 11 FEBRUARI 2021, KHAMIS, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2020/2021 yang diwakili oleh Yang Dipertua, Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar telah mengadakan pertemuan bersama Ustaz Mohd Yasser bin Abdul Ghani, selaku Atase Pendidikan Negeri Selangor Mesir bertempat di Pejabat Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah), Hayyu Asyir.  Tujuan pertemuan ini diadakan bagi meneruskan lagi hubungan antara BKASM dengan Atase Pendidikan Negeri Selangor Mesir disamping bertukar pandangan berkaitan kebajikan yang boleh diberikan kepada pelajar Selangor dalam fasa COVID-19. Selain itu, BKASM telah membuat serahan keputusan peperiksaan ahli bagi sesi 2019/2020 kepada Atase Pendidikan Negeri Selangor. Dalam pertemuan tersebut juga BKASM turut menerima sumbangan umum daripada pihak Pejabat Atase Pendidian Selangor. Semoga pertemuan ini mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara BKASM d...

[ UCAPTAMA YANG DIPERTUA '21 ]

Imej
[ UCAPTAMA YANG DIPERTUA '21 ] 6 - 10 FEBRUARI 2021, SABTU, KAHERAH - Ucaptama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2020/2021 telah diadakan secara langsung di laman Facebook Media Penerangan BKASM. Objektif utama Ucaptama Yang Dipertua '21 adalah untuk memperkenalkan barisan pimpinan dan pembawaan BKASM sesi 2020/2021 kepada ahli BKASM. Majlis telah bermula selepas Isyak tepat jam 8.00 malam. Ucaptama Yang Dipertua '21 telah dimulakan dengan tayangan video pengenalan barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM sesi 2020/2021. Seterusnya, Yang Dipertua BKASM, Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar telah membentangkan pembawaan BKASM pada sesi kali ini. Majlis diteruskan lagi dengan pelancaran Unit Dana Mahabbah dan Unit Biah Solehah dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Yang Dipertua BKASM. Pembawaan BKASM sesi 2020/2021: 1. Tarbiah Terpelihara Akhlak Terjaga  2. Cakna Kebajikan Utuh Kesatuan 3. Sederap Membentuk Generasi Ilmuwan Selain itu, edaran buku Ucapt...