Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2021

[ RAMAH MESRA BARISAN AJKT BKASM SESI 2020/2021 BERSAMA ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ]

Imej
 [ RAMAH MESRA BARISAN AJKT BKASM SESI 2020/2021 BERSAMA ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ] KAHERAH, 12 OKTOBER 2021 - Barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM sesi 2020/2021 telah mengadakan satu pertemuan bersama Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah), bertempat di Dewan Wisma Melaka, Hayyu Sabiek. Pertemuan yang berkonsepkan Hi-Tea ini, telah berlangsung secara santai dan dihadiri oleh barisan AJKT BKASM yang diketuai oleh Yang Dipertua BKASM sesi 2020/2021, Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar bersama Tuan Haji Mohd Yasser bin Abdul Ghani (Atase Pendidikan Selangor) serta Ustaz Mohammad Arif bin Nor Azli (Pembantu Atase Pendidikan Selangor). Pertemuan yang berlangsung selama 2 jam ini, sarat dengan perbincangan dan perbualan berkaitan pengurusan dan laporan perjalanan BKASM sepanjang sesi ini termasuklah hubungan kerjasama antara BKASM dengan Pejabat Atase Pendidikan Selangor.  Di samping itu, pertemuan ini juga turut menyentuh berkenaan hal kebajikan anak Se...

[ PERTEMUAN YANG DIPERTUA BKASM BERSAMA ATASE PENDIDIKAN SELANGOR MESIR ]

Imej
 [ PERTEMUAN YANG DIPERTUA BKASM BERSAMA ATASE PENDIDIKAN SELANGOR MESIR ] 4 OKTOBER 2021, KHAMIS, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2020/2021 yang diwakili oleh Yang Dipertua, Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar telah mengadakan pertemuan bersama Ustaz Mohd Yasser bin Abdul Ghani, selaku Atase Pendidikan Negeri Selangor Mesir bertempat di Pejabat Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah), Hayyu Asyir.  Tujuan pertemuan ini diadakan bagi meneruskan lagi hubungan antara BKASM dengan Atase Pendidikan Negeri Selangor Mesir disamping bertukar pandangan berkaitan perjalanan BKASM dan kerjasama di masa akan datang. Selain itu, BKASM telah membuat serahan keputusan peperiksaan ahli bagi sesi 2020/2021 kepada Atase Pendidikan Negeri Selangor. Semoga pertemuan ini mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara BKASM dan pihak pejabat sekaligus meraih keberkatan dan keredaan Allah SWT.  "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" Jabatan Setiausaha Ag...