Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2021

[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA SATU DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ]

Imej
[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA SATU DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ] بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah dan pendidikan ahli.  Seperti sedia maklum, pengajian fasa pertama bagi sesi 2021/2022 sedang berlangsung dan peperiksaan penggal pertama akan tiba tidak lama lagi. Rata-rata kesemua mahasiswa dan mahasiswi juga sedang bertungkus-lumus membuat persiapan daripada pelbagai sudut seperti menghadiri kuliah dan mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi perperiksaan dalam keadaan bersedia dengan cemerlang. Sehubungan dengan itu, BKASM dengan ini mengumumkan tarikh penangguhan bagi semua program BKASM adalah pada 17 Disember 2021, dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Hal ini adalah...

LAPORAN PINDAAN PERLEMBAGAAN BKASM

Imej
 23 OKTOBER 2021, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir secara rasminya telah membuat pindaan perlembagaan susulan daripada usul yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-44 yang lepas. Usul dengan matan "Meminda dan menyemak semula perlembagaan BKASM" telah dicadangkan oleh Ustaz Muhamad Hakim bin Nasir, dan telah dipersetujui oleh majoriti ahli mesyuarat.  Seterusnya, pindaan perlembagaan ini telah dimulakan dengan penubuhan Panel Penggubal Pindaan Perlembagaan BKASM yang diketuai oleh Ustaz Khairul Adha bin Hamdzani. Tambahan, ahli Panel Penggubal Pindaan Perlembagaan BKASM terdiri daripada kalangan pimpinan dan ahli BKASM.  Usaha pindaan ini diteruskan dengan kajian yang dibuat oleh ahli Panel Penggubal Pindaan Perlembagaan BKASM dalam meneliti setiap fasal dan bab di dalam perlembagaan. Beberapa perkara telah dicadangkan untuk dipinda berdasarkan kesesuaian corak pentadbiran BKASM dan perubahan zaman.  Pindaan perlembagaan BKASM te...

[ UCAPTAMA YANG DIPERTUA BKASM '21 ]

Imej
[ UCAPTAMA YANG DIPERTUA BKASM '21 ] 4 DISEMBER 2021, SABTU, KAHERAH - Ucaptama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2021/2022 telah diadakan di Musolla Asrama Pahang, Awal Sabik. Objektif utama Ucaptama Yang Dipertua BKASM '21 adalah untuk memperkenalkan barisan pimpinan dan pembawaan BKASM sesi 2021/2022 kepada ahli BKASM. Majlis telah bermula selepas asar pada jam 3.30 petang. Ucaptama Yang Dipertua BKASM telah dimulakan dengan pengisian perdana yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhd Faiz bin Salim selaku Ketua Penyelaras Utama Majlis Gabungan Anak Negeri. Seterusnya, Majlis Ucaptama telah dirasmikan oleh Penasihat Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir iaitu Ustaz Ahmad Farhan Bin Ahmad Azhar. Dalam pada itu, turut dilancarkan juga Kempen Maan Nanjah dan Unit Biah Solehah oleh Yang Dipertua BKASM, Ustaz Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan. Seterusnya, Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan Pembawaan oleh YDP BKASM, Ustaz Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan. Maj...