[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA DUA DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI

[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA DUA DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ] بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah dan pendidikan ahli. Seperti sedia maklum, pengajian fasa dua bagi sesi 2021/2022 sedang berlangsung dan peperiksaan penggal kedua akan tiba tidak lama lagi. Seluruh mahasiswa dan mahasiswi juga sedang bertungkus-lumus membuat persediaan dengan menghadiri kuliah dan kelas tutorial, serta mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi perperiksaan. Sehubungan dengan itu, BKASM dengan ini mengumumkan tarikh penangguhan bagi semua program BKASM adalah pada 10 MEI 2022, dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja yang masih tetap berjalan seperti biasa. Hal ini demikian bagi memberi ruang kepada mahasiswa dan maha...