BKASM meneruskan aktiviti kebajikan kepada ahli
ISNIN 24
DISEMBER 2012,Lajnah Sambutan dan Rehlah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
12/13 dalam memastikan kebajikan ahli terus diutamakan telah bekerjasama dengan
Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor (HEP) Mesir dalam menguruskan tramco imtihan
peperiksaan semester 1 mahasiswa-mahasiswi Pengajian Islam.
Menurut saudara
Muhamad Nazif Shaari Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah BKASM 12/13,
“Alhamdulillah BKASM
pada tahun ini telah mendapat peruntukan daripada Ustaz Mohd Faryzan Subkhi
Pegawai HEP Selangor Mesir untuk menguruskan tramco imtihan bagi peperiksaan
mahasiswa-mahasiswi pengajian islam yang bakal bermula pada 29/12/2012.”
Pihak BKASM
mengharapkan dengan adanya perkhidmatan tramco ini dapat membantu sedikit sebanyak kecemerlangan ahli BKASM.
Pihak BKASM
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Faryzan Subkhi Pegawai HEP
Selangor Mesir yang bertungkus lumus dalam membantu mahasiswa-mahasiswi
Selangor khususnya.
“Bersatu
Berkebajikan”
“Kita
PMRAM”
Jabatan Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir,
Sesi 2012/2013.
Ulasan
Catat Ulasan