Kebajikan BKASM:Sumbangan kepada ahli yang mengalami musibah kebakaran rumah
19 Disember
2013-MUNIERA,KAHERAH.Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2012/2013 dengan kerjasama
Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir telah menziarahi 5 orang pelajar Universiti
Kaherah Tahun 6 yang mengalami musibah kebakaran rumah.Dua orang daripada
mereka adalah Saudari Amal Hanani binti Abdul Halim dan Saudari Anisah Shamilah
Mohd Salleh merupakan pelajar tajaan dermasiswa Lembaga Zakat Selangor manakala
selebihnya merupakan pelajar tajaan MARA dan JPA.
Punca
kebakaran adalah disebabkan litar pintas yang berlaku di bilik Saudari Amal
Hanani dan mengakibatkan kerugian dalam jumlah yang besar sekitar LE15000
termasuk barangan peribadi antaranya komputer riba,buku pelajaran,kad bank dan
lain-lain.
Pihak BKASM
dan Pejabat HEP Selangor Mesir telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada dua
pelajar tersebut bagi meringankan sedikit bebanan mereka.Pihak BKASM turut
bersimpati dan mengucapkan takziah kepada 5 orang pelajar Perubatan Sains
Kesihatan yang terlibat di atas musibah yang menimpa mereka.
Disediakan
Oleh:
Muhamad
Hafiz Naim Bin Raduan
Ketua Lajnah Kebajikan
BKASM sesi 2012/2013



Ulasan
Catat Ulasan