KUNJUNGAN HORMAT YB SALLEHEN BIN MUKHYI KE MESIR
Kaherah, Mesir- Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
(BKASM) 2014 bersama Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir, Ustaz Mohd Farid
b Mohd Zainal berbesar hati menyambut kedatangan Yang Berhormat Tuan Sallehen b
Mukhyi ke Mesir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan
Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor Darul Ehsan ke Perlembahan Nil.
Lawatan YB Sallehen ke Mesir telah
bermula pada 16 April 2014.
Satu
kunjung hormat YB Sallehen bersama Pegawai Atase Pendidikan Negeri Selangor dan
wakil BKASM ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah diadakan dan
antara topik yang dibincangkan adalah tentang isu penghantaran pelajar. YB
Sallehen juga telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat PMRAM bertemu dengan
barisan Badan Pengurus.
Majlis
Ramah Mesra anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2014 bersama YB
Sallehen b Mukhyi telah diadakan pada 17 April bermula pada jam 2030 malam.
Antara intipati yang boleh diambil melalui ucapan YB Sallehen b Mukhyi ialah
ulama’ mesti mendapatkan tempat untuk menyampaikan ilmu. Selaku mahasiswa
Mesir, kita perlulah kreatif dalam menyebarkan ilmu dan menyeimbangkan
awlawiyat diri. YB Sallehen juga berpesan kepada mahasiswa agar menguasai
pelbagai cabang ilmu untuk disampaikan kepada masyarakat kelak.
Beberapa
nasihat daripada YB Sallehen yang boleh dipetik melalui tazkirah beliau adalah
dengan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup dan selarikan
tiga perkara ini dalam kehidupan iaitu Al-Quran, As-Sunnah dan Akal. Persepsi
masyarakat Malaysia yang begitu tinggi terhadap pelajar agama Islam
kadang-kadang mudah mempengaruh mereka maka, sikap yang baik wajar ditunjukkan
sebagai mahasiswa yang faham apa itu ertinya Islam.
Lawatan
YB Sallehen b Mukhyi ke bumi Mesir mengambil masa selama dua hari dan telah
berakhir pada 18 April 2014. Pihak Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir dan
PMRAM Cawangan Selangor mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YB
meluangkan masa bersama beramah mesra bersama anak-anak Selangor di Mesir.
Sekian, terima kasih.
“Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan”
Disediakan
oleh,
Nurul
Nazuwa bt Zazamudin
Timb.
Pengarah Majlis Ramah Mesra
BKASM
2014

Ulasan
Catat Ulasan