BENGKEL SONY VEGAS : Siri 1 Sambutan yang baik daripada Mahasiswa/wi baru
Pada 11 Mac 2015 yang lepas, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
(BKASM) sesi 2014/2015 di bawah kelolaan Lajnah Penerangan Dan Penerbitan telah
menganjurkan program Bengkel Sony Vegas Siri Pertama aktiviti di bawah Kelab
LPP. Bengkel ini telah dilaksanakan terbuka seluruh ahli BKASM dan khusus
kepada semua Unit Promosi dan Penerbitan setiap Lajnah. Bengkel ini telah
diadakan di Musolla Darul Ehsan, Asrama Selangor, Hayyu Asyir.
Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk melatih mahasiswa/wi khusus
untuk pelajar baru dalam penggunaan Sony Vegas dalam menghasilkan video yang
menarik dan terbaik disamping mengasah bakat terpendam di kalangan mahasiswa/wi
sekaligus melahirkan pelapis baru bagi peringkat PMRAM pusat dan cawangan. Aktiviti
ini telah disertai oleh 11 orang mahasiswa dan 18 orang dari kalangan mahasiswi.
Bengkel Sony Vegas ini telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Hakimi Ahmad Suhaimi
(Pengarah Kelab Karyawan Islam, Lajnah Penerbitan KPKM) dan turut dihadiri oleh beberapa mahasiswa/wi yang
berkemahiran dalam tatacara penggunaan Sony Vegas sebagai mentor kepada
peserta.
Bengkel Sony Vegas Siri Pertama ini telah mendapat sambutan yang
baik terutamanya dalam kalangan mahasiswa/wi baru. Bengkel ini berakhir dengan pemberian
tugasan kepada para peserta iaitu membuat video berdasarkan tajuk yang telah
diberikan oleh pengisi. Semoga dengan penganjuran bengkel ini, para peserta
dapat mengambil peluang untuk mengasah bakat masing-masing khususnya
dalam penyampaian mesej dakwah melalui penghasilan video yang kreatif dan menarik
kepada masyarakat di luar sana.
“Together Through Multimedia”
“Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan”
Setiausaha Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM sesi 2014/2015


Ulasan
Catat Ulasan