TO BE A LEADER : ANJAKAN PARADIGMA PELAPIS BKASM
KAHERAH,21 MAC 2015 –
Program “To Be A Leader” merupakan satu inisiatif yang disusun oleh Lajnah
Perancang, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015 bertujuan
menjayakan salah satu pembawaan BKASM iaitu “Generasi Harapan Aset Kesatuan”.
Program tersebut dilaksanakan
di Musolla Darul Ehsan bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada 10.30
malam. Program ini berjaya menghimpunkan seramai 60 orang aktivis BKASM yang
dihantar melalui setiap lajnah dan jabatan di dalam organisasi masing-masing.
Program dimulakan
dengan ucapan pengarah iaitu Ustaz Muhamad Nazif Bin Shaari selaku Timbalan
Yang Dipertua 1 merangkap ketua Lajnah Perancang BKASM sesi 2014/2015. Antara
slot yang dimuatkan di dalam program ini ialah Slot “Muslim Produktif” yang
disampaikan oleh Ustaz Mohammad Farid Bin Mohammad Zainal, Pegawai Atase
Pendidikan Selangor Mesir.
Slot kedua adalah slot
“Mesyuarat Efektif & Perancang Berjaya” yang disampaikan oleh Ustazah Siti
Aisyah Ismail dan Ustazah Ulfatun Nadzirah Tugiman Razaq, Penasihat BKASM sesi
2014/2015.
Seterusnya para peserta diberi taujihat melalui slot “Taujihat Emas”
yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Mu’aaz Bin Ramli, Badan Pengurus PMRAM
2014
Slot diakhiri dengan
nyanyian lagu tema “Hadapilah” , lagu PMRAM dan bacaan doa rabitah bersama-sama
seluruh AJKT BKASM.
Peringkat Badan
Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015 berharap agar program seperti ini
dapat memberi manfaat yang besar kepada seluruh peserta di dalam menggerakkan
bahtera BKASM dengan penuh kefahaman Islam dan semangat yang jitu.
“GENERASI HARAPAN
ASET KESATUAN”
“TEGUH PEMIKIRAN
RIBAT KEBERSAMAAN”
Disediakan Oleh,
Setiausaha
To Be A Leader
Lajnah Perancang
Badan Kebajikan Anak Selangor M esir sesi 2014/2015


Ulasan
Catat Ulasan