REKREASI SUKAN SUNNAH RENANG
10 dan 13 Ogos 2015 - Badan Kebajikan Anak
Selangor Mesir Sesi 2014/2015 di bawah kelolaan Lajnah Kesenian dan Sukan telah
menjalankan aktiviti Rekreasi Sukan Sunnah Renang yang julung kali diadakan bertempat
di Istad Toyota, Abbasiah. Program ini berlangsung pada 10 Ogos 2015 khusus
untuk akhawat manakala 13 Ogos 2015 khusus untuk ikhwah. Peserta menuju ke
tempat renang menaiki pengangkutan yang disediakan oleh pihak penganjur.
Antara objektif aktiviti ini dilaksanakan
adalah untuk merapatkan ukhwah sesama ahli BKASM. Disamping memperbaharui
medium sukan kepada ahli ia juga bagi membentuk ahli yang aktif dari segi
fizikal.
Renang untuk akhawat yang diadakan pada hari
Isnin pada jam 9.00 pagi bermula dengan sesi
taklimat ringkas sebelum pengisian sepenuhnya diserahkan kepada tenaga
pengajar. Aktiviti renang yang terdiri
daripada 40 orang akhawat ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari.
Manakala renang yang dijalankan untuk ikhwah
pada hari Khamis yang lalu bermula jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang
dihadiri seramai 60 orang peserta. Di hujung pengisian, peserta berkumpul untuk
mengambil gambar sebagai kenangan.
Harapan dari pihak
penganjur, kami mengharapkan aktiviti yang dilaksanakan dapat membina jati diri
ahli dan mengambil manfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Respon yang
positif dari ahli yang turut serta mampu menjadi titik tolak agar aktiviti
sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. Ucapan ribuan terima kasih
atas bantuan dan kerjasama semua dan semoga usaha kita ini diberkati oleh
Allah.
" Generasi Harapan Aset Kesatuan "
" Generasi Harapan Aset Kesatuan "
" Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan "
Disediakan oleh:
UMMI AQILAH NORLIZAM
Timbalan Lajnah Kesenian
& Sukan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Sesi 2014/2015
Ulasan
Catat Ulasan