KERANA PANJANGNYA JALAN DAKWAH - Nukilan Siswa siri 41
Allah S. W. T berfirman berkenaan doa Nabi Zakaria A.S. :
Maksudnya : “ Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah
lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa
kepadaMu. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku
sepeninggalanku”.(Surah Maryam : ayat 4-5)
Sesungguhnya dunia telah menyaksikan peralihan generasi
dalam satu tempoh masa yang panjang. Bermula dari nabi yang pertama diutuskan
iaitu Nabi Adam A.S sehinggalah ke hari ini setelah kewafatan Rasul terakhir
iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Tugas mentadbir bumi dengan berpandukan syariat ilahi diteruskan dengan legasi kepimpinan khalifah bermula daripada Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan diganti dengan khalifah-khalifah seterusnya. Hal ini bertitik tolak mengenai kesedaran perlunya kepada generasi pelapis yang akan membawa suara Islam dengan syumul demi memastikan Islam terus berlayar di persada alam. Allah telah memperkenankan doa Nabi Zakaria A.S dengan kelahiran seorang nabi penerus dakwah iaitu Nabi Yahya A.S :
Maksudnya : (Nabi Zakaria A.S diseru setelah dikabulkan
doanya): ”Wahai Zakaria! Sesungguhnya kami memberikan khabar yang
mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang
kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorang pun yang senama dengannya.”
(Surah Maryam : ayat 7)
Nabi Yahya A.S merupakan seorang nabi yang diutuskan
kepada satu kaum yang dipimpin oleh raja bernama Herodus. Raja Herodus sangat
mencintai anak saudaranya sendiri dan ingin menikahi wanita itu. Namun
mengetahui akan kesalahan perkahwinan antara mereka, dia meminta agar Nabi
Yahya A.S mengeluarkan fatwa bagi menghalalkan perkahwinan mereka.
Allah S. W. T berfirman :
Maksudnya : “Dan tidaklah patut bagi lelaki dan perempuan
yang mukmin apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan
ada pilihan lain bagi urusan mereka dan barangsiapa menderhakai Allah dan
RasulNya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dengan kesesatan yang
nyata.”(Surah Al-Ahzab : ayat 36)
Walaupun ia merupakan arahan seorang raja yang berkuasa, namun Nabi Yahya A.S tetap teguh dalam mempertahankan syariat Allah lantas menolak permintaan raja Herodus. Nabi Yahya akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dan dipenggal leher beliau dalam usahanya memastikan syariat Allah tetap utuh.
Permintaan Nabi Zakaria untuk diberi keturunan penerus dakwah Ilahi ini bukanlah permintaan yang kecil. Malah ia merupakan satu pandangan jauh seorang pendakwah dalam memastikan jaringan dakwah terus terpelihara dan tidak termakan dek perjalanan masa.
Oleh yang demikian, usaha-usaha melahirkan dan
mengkualitikan barisan pelapis dakwah perlu diberi keutamaan seiring dengan
panjangnya jalan dakwah ini dan pendeknya jangka hayat setiap individu manusia.
Rantaian dakwah Islam perlu dibentuk dan dilahirkan agar survival kesatuan
Islam tetap diteruskan agar kalimah Allah dapat ditinggikan semula.
“Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan”
Disediakan oleh
Saaddah binti Abdul Rahim
Timbalan Ketua Lajnah Pendidikan
BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Saaddah binti Abdul Rahim
Timbalan Ketua Lajnah Pendidikan
BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan