Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

KURSUS PROTOKOL YANG JULUNG KALI DILAKSANAKAN

Imej
KAHERAH, 9 Feb 2013   --      Kursus Etiket Sosial dan Pengucapan awam anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) siri yang  pertama telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Febuari 2013 pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang tadi. Program ini telah diadakan di ruang surau asrama pelajar Selangor Hayyu Asyir dengan kehadiran peserta seramai lebih kurang 70 orang. Antara yang dipelajari ialah Bengkel Protokol dan Bengkel Penulisan Khutbah. Program tersebut dimulakan dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh BP PMRAM angkat BKAN Selangor, iaitu Saudara Abdul Hadi bin Jusoh. Beliau mengingatkan bahawa bukan setakat ilmu turasi sahaja sudah memadai untuk berjuang, bahkan ilmu amali perlu ada di setiap muslim untuk kita memperjuangkan agama Islam itu sendiri dan akhirnya mencapai kemenangan. Antara yang menarik dalam kursus ini ialah pengisi slot itu sendiri, iaitu Ustaz Mohd Faryzan bin Subkhi selaku Pegawai H...

TINTA JUMAAT -15 (Jiddiyah Asas Kebangkitan Jundullah)

Imej
       “Kita akan gunakan kekuatan secara maksima sehingga orang Palestina akan mendatangi kita dengan merangkak.”  - Rafael Eitan ,ketua Tentera Israel. “Tiap orang harus bergerak, berlari dan merebut puncak bukit sebanyak mungkin untuk memperluas pemukiman kerana apa yang kita rebut hari ini akan menjadi milik kita untuk selamanya. Apa yang tidak kita rebut akan menjadi milik mereka.” - Ariel Sharon , mantan Perdana Menteri Israel. Lihatlah betapa hebatnya sifat  jiddiyyah  (kesungguhan)  mereka untuk merampas hak islam,maka tidak hairanlah jika hari ini kita lihat mereka berjaya merampas hampir keseluruhan tanah palestin.  Sejarah pernah melakarkan bahawa  umat islam suatu masa dahulu, bukan sahaja memiliki keseluruhan bumi palestin bahkan lebih lagi,hampir 2/3 dunia.namun, dimanakah sifat jiddiyah kita untuk mempertahankan dan mengambil kembali hak umat islam pada hari ini? Mujahid dan mujahidah ...

Sumbangan 3 Penjuru : BKASM cakna berkaitan kebajikan ahli

Imej
KHAMIS,7 FEBRUARI 2013 - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir, di bawah lajnah kebajikan BKASM sesi 12/13 telah mengambil inisiatif mengutip  sumbangan di setiap rumah  ahli BKASM untuk diberikan kepada  saudara-saudara kita yang ditimpa musibah baru-baru ini, antaranya Ustaz Salehuddin Bin Hatwi, Ustaz Azlan Bin Alias dan Ustaz Farid Bin Mohd Arif. Alhamdulillah, dengan hasil kutipan ini dapat menampung serba sedikit kos kerugian yang ditimpa oleh mereka. BKASM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kerana memberi kerjasama yang amat baik dalam membantu  ahli kita.Bersama kita jayakan pembawaan BKASM sesi 12/13 iaitu “Bersatu Berkebajikan”. “Bersatu Berkebajikan” “Kita PMRAM” Muhamad Hafiz Naim Raduan Ketua Lajnah Kebajikan, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir, Sesi 2012/2013.

WARKAH TARBIAH 4 (Ar-Rijal)

Imej
Allah s.w.t berfirman : "Dan andaikata mereka itu bersikap benar terhadap Allah, pastilah hal itu amat baik untuk mereka sendiri." (Muhammad : 21) Nabi Muhammad SAW bersabda : "Tinggalkan apa-apa yang meragukan hatimu (jangan terus melakukan) dan berpindahlah kepada apa-apa yang tidak meragukan hatimu iaitu hatimu tenang apabila melakukannya. Maka sesungguhnya bersikap benar itu adalah ketenangan dan berdusta itu menimbulkan kesangsian." (Riwayat At-Tirmizi) Istifadah yang dapat kita sama-sama belajar adalah, kata As-Sidqu yang bererti benar itu, maksudnya tidak hanya benar dalam perbicaraan sahaja, tetapi benar dari sudut perbuatan juga. Maka inilah yang dimakasudkan oleh Nabi SAW iaitu jalan kebaikan yang menuju ke syurga. Sewajibnya kita selaku Ar-Rijal yang sedang menuntut ilmu di Mesir ini, perlu menyedari akan perihal wajibnya berjemaah apatahlagi kita di zaman ketandusan khilafah Islamiah yang boleh memegang seluruh urusan umat Isl...

BKASM MENERUSKAN USAHA MENGHANTAR PROPOSAL ASRAMA BARU KEPADA YB DR HJ ABDUL RANI OSMAN

Imej
RABU,26 JANUARI 2013 ,Pejabat HEP Selangor Mesir dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah menganjurkan Ramah Mesra Bersama YB Dr Hj Abdul Rani Osman Timbalan Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor di Musolla Darul Ehsan,Haiyu Asyir. Pertemuan tersebut diusahakan sebagai simbol keperihatinan kerajaan negeri terhadap anak-anak Selangor yang berada di Mesir dan pada masa yang mewujudkan sebuah perkongsian masalah , maklumat dan pendapat di antara para-pelajar dan kerajaan negeri. Antara pesanan yang ditekankan kepada Mahasiswa Mesir khususnya ialah : “Bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran.Selain itu juga,bukan hanya belajar sahaja,perlulah seiring ilmu dengan amalan ketika mempraktikkan ilmu tersebut.Semoga menjadi printis contoh tauladan setiap lapisan masyarakat khususnya di Selangor kelak.”                            Sebelum berakhirnya ramah me...