BKASM MENERUSKAN USAHA MENGHANTAR PROPOSAL ASRAMA BARU KEPADA YB DR HJ ABDUL RANI OSMAN
RABU,26 JANUARI 2013,Pejabat HEP Selangor Mesir dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak
Selangor Mesir (BKASM) telah menganjurkan Ramah Mesra Bersama YB Dr Hj Abdul
Rani Osman Timbalan Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor di Musolla Darul
Ehsan,Haiyu Asyir.
Pertemuan tersebut diusahakan sebagai simbol keperihatinan kerajaan
negeri terhadap anak-anak Selangor yang berada di Mesir dan pada masa yang mewujudkan
sebuah perkongsian masalah , maklumat dan pendapat di antara para-pelajar dan
kerajaan negeri. Antara pesanan yang ditekankan kepada Mahasiswa Mesir
khususnya ialah :
“Bersungguh-sungguh
mengulangkaji pelajaran.Selain itu juga,bukan hanya belajar sahaja,perlulah
seiring ilmu dengan amalan ketika mempraktikkan ilmu tersebut.Semoga menjadi
printis contoh tauladan setiap lapisan masyarakat khususnya di Selangor kelak.”
Sebelum berakhirnya ramah mesra , sebuah proposal permohonan asrama baru telah
disampaikan oleh Ustaz Abd Mun’im Abd Sukor selaku Yang Dipertua Badan
Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2012/2013 kepada YB Dr Hj Abdul Rani Osman
Timbalan Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor. Penghantaran proposal ini
merupakan salah satu usaha BKASM selama hampir 3 tahun bagi
membantu menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak Selangor di Mesir.
Harapan
BKASM kepada Seluruh anak-anak Selangor di Mesir agar sentiasa mengambil
peluang bagi mendapatkan maklumat isu semasa secara jelas dari pihak berwajib
khususnya isu yang berkaitan dengan negeri Selangor masa kini. Pada masa yang
sama, BKASM juga mengharapkan permohonan proposal ini mendapat perhatian
sewajarnya dari pihak berwajib kerana ia merupakan sebuah tanggungjawab bersama
yang sangat ditekan Islam kepada umat.
“Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran”
“Kita PMRAM”
Muhammad Salihin bin Abdullah
Setiausaha Agung ,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir,
Sesi 2012/2013.
Ulasan
Catat Ulasan