[ LAPORAN | SAMBUTAN AIDILFITRI 2023 (SYAWAL '23) ]

 


[ LAPORAN | SAMBUTAN AIDILFITRI 2023 (SYAWAL '23) ]

19 APRIL - 24 APRIL 2023, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2022/2023 telah berjaya mengadakan satu program mega iaitu Sambutan Aidilfitri 2023 (Syawal '23).

Syawal '23 yang membawa konsep 'Beraya Di Kampung' yang berlangsung selama enam hari telah menyusun pelbagai aktiviti yang menarik berfokuskan kepada objektif mengeratkan ukhuwah dan meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli.

Pada 20 April 2023, telah berlangsung majlis penutupan IHTIRAM '23 dan diiringi majlis perasmian Syawal '23 yang dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Zulhusni bin Abdul Rashid selaku Pegawai Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah) seterusnya disempurnakan dengan pelancaran gimik Syawal '23.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Takbir Raya, Perutusan Raya YDP, baraan raya, aktiviti merewang dan pacak khemah secara bersama, pengisian Medan Kalam, aktiviti Santai Raya, Rumah Terbuka Anak Selangor dan sebagainya.

Terdapat juga beberapa aktiviti yang telah dijalankan dengan kerjasama unit dan lajnah dalam BKASM antaranya Medan Kalam, Riadah Santai dan Pertandingan Rumah Syawal.

Semua aktiviti ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ahli sama ada yang menetap di Asrama Selangor Hayyu Asyir, mahupun Ahli Komuniti Rumah Sewa (KORUS) di sekitar Hayyu Asyir dan Hayyu Sabiek dan Darrasah.

Pada 24 APRIL 2023, telah berlangsungnya Rumah Terbuka Anak Selangor dan Majlis Penutupan Sambutan Aidilfitri 2023 (Syawal '23).

Majlis ini telah diserikan dengan persembahan nasyid oleh mahasiswa Selangor, penyerahan hadiah-hadiah dan cabutan bertuah.

Majlis ini dijalankan di Dataran Asrama Selangor Hayyu Asyir dan telah mendapat sambutan yang hebat daripada anak Selangor.

Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat mengukuhkan tautan ukhuwah dan meningkatkan lagi kebersamaan antara anak Selangor dan dapat mengembalikan kegembiraan meskipun beraya di perantauan.

"Syawal Dirai Ukhuwah Ditauti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

Setiausaha (Eksekutif Disiplin & Protokol)
Syawal '23
BKASM sesi 2022/2023

#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG