[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA DUA DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ]

 

[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA DUA DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ]

بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah, thaqafah dan pendidikan ahli. 


Seperti sedia maklum, pengajian fasa dua bagi sesi 2022/2023 sedang berlangsung dan peperiksaan bagi penggal kedua akan tiba tidak lama lagi. Seluruh mahasiswa dan mahasiswi juga sedang bertungkus-lumus membuat persediaan dengan menghadiri kuliah dan kelas tutorial, serta mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi perperiksaan yang bakal tiba. 


Sehubungan dengan itu, BKASM dengan ini mengumumkan tarikh penangguhan bagi semua program BKASM adalah pada 5 MEI 2023, dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja yang masih tetap berjalan seperti biasa. Hal ini demikian bagi memberi ruang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


Selain itu, Jabatan Yang Dipertua BKASM mewakili Unit Fasilitator di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2022/2023 ingin memaklumkan pelaksanaan Muzakarah Berkelompok Amali akan bermula pada tarikh 5 MEI 2023. Oleh yang demikian, diharapkan agar kita semua dapat menguruskan masa dengan baik dalam meningkatkan kualiti diri dalam aspek rohani dan jasmani serta meningkatkan prestasi akademik.


Di samping itu, kita juga mestilah menguatkan hubungan dengan Allah SWT kerana Dialah Yang Maha Berkuasa memberikan kejayaan dan menentukan segalanya. Maka, teruskan bermunajat dan bertawakal kepada-Nya.


Akhirnya, semoga semua mahasiswa dan mahasiswi direzekikan kejayaan yang berkat di sisi Allah SWT dalam peperiksaan kali ini dan berperanan memberikan manfaat kepada masyarakat melalui ilmu yang diperoleh.


Semoga kejayaan yang bakal diperolehi menjadi sebab bertambahnya iman dan takwa kita kepada Allah SWT. Insya-Allah.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Ustaz Amirul Azzim bin Hamidon

Timbalan Yang Dipertua I

(Lajnah Perancang I)

BKASM sesi 2022/2023



#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG