Taklimat Bakal Mahasiswa Mahasiswi Selangor Mesir:Generasi Azhariyyun Pemacu Kegemilangan Ummah

29 SEPTEMBER 2013, AHAD, - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) cawangan Selangor mengadakan satu pertemuan di antara ibu bapa dan pelajar Selangor yang ingin melanjutkan pelajaran ke Mesir. Taklimat tersebut telah diadakan bertempat di bilik seminar Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong selepas solat maghrib. Antara tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk memberi penerangan khusus kepada bakal mahasiswa dan mahasiwi Selangor yang akan melanjutkan pelajaran di Mesir mengenai pengurusan di sana. Bukan itu sahaja, malah para ibu bapa dan pelajar turut diberi pencerahan mengenai Imtihan Qabul. Slot penerangan mengenai pengurusan di Mesir disampaikan oleh Ustaz Abd Mun’im Bin Abd Sukor selaku Yang Dipertua BKASM 2012/2013, manakala slot penerangan mengenai Imtihan Qabul pula disampaikan oleh Ustaz Anas Bin Bhukhari selaku Ketua Lajnah Pendidikan BKASM 2012/2013. Taklimat khas mengenai penerbangan pelajar turut ...