Roadshow Baktisiswa al-Azhar:Pembinaan Generasi Ulama'
17 SEPTEMBER 2013, SELASA, - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 12/13 telah menganjurkan
Program Roadshow Baktisiswa Al-Azhar yang menghimpunkan pelajar-pelajar Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan pelajar-pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Program ini telah memulakan misi roadshow
selama 4 hari berturut-turut bermula di Sekolah Agama MenengahTinggi Tengku Ampuan
Rahimah, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin, Sekolah Agama Menengah
Tinggi Sultan Abdul Aziz Shah Batu 38 dan Sekolah Agama MenengahTinggi Bandar
Baru SalakTinggi.
Kemudian, program roadshow ini bersambung
di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Sekolah Agama Menengah Tinggi
Kuala Kubu Baru, Sekolah Agama Menengah Tinggi Pekan Muhammadiah dan telah berakhir
di Sekolah Agama Menegah Jeram.
Program ini telah dijayakan dalam masa sebulan
dengan kerjasama daripada barisan adhoc pelaksana dan mahasiswa/wi Selangor yang
telah bertungkus lumus mengorbankan masa dan tenaga bagi memastikan program
roadshow ini berjalan dengan lancar.
Program Roadshow Baktisiswa Al-Azhar ini telah
diisi dengan pelbagai pengisian dan dimulai dengan slot Ice Breaking yang
diketuai oleh unit Pengisian dan Modul.Antara pengisian menarik yang telah disampaikan
oleh penuntut Al-Azhar sendiri adalah slot Jom Ke Mesir dan Penerangan BKASM
serta slot Syakhsiah Pelajar Muslim.
Para pelajar bukan sahaja diberikan pengisian
secara teori,malahan slot gerak kerja berkumpulan (GKB) juga disajikan sebagai latihan
praktikal yang melibatkan para fasilitator berpengalaman dalam kalangan ahli
BKASM.
Aktiviti tersebut telah Berjaya menjalinkan
hubungan ukhuwah sesama peserta dan fasilitator sekaligus berkongsi pengalaman fasilitator
dalam menerajui kehidupan di Mesir.
Antara objektif Program Roadshow
Baktisiswa Al-Azhar bagi sesi 12/13 ialah meningkatkan tahap motivasi diri untuk
cemerlang di dalam STAM dan SPM dan melanjutkan pelajaran ke Mesir di samping member
pendedahan awal berkenaan Mesir dan Al-Azhar.Selain itu juga ia bertujuan untuk
memberi pengenalan awal tentang persatuan pelajar di Mesir iaitu PMRAM dan
BKASM.
Mesir merupakan salah sebuah negara yang
menawarkan kursus-kursus pengajian yang bertaraf antarabangsa.Oleh itu, Program
Roadshow Baktisiswa Al-Azhar anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
(BKASM) mengambil peluang ini untuk memperkenalkan kursus pengajian yang ada di
Mesir sebagai pendedahan awal kepada pelajar-pelajar sekolah agama menengah di
bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sebagai pengakhiran, pihak Badan Kebajikan
Anak Selangor Mesir selaku penganjur utama Program Roadshow Baktisiswa Al-Azhar
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program
ini dan memohon jutaan kemaafan anda jika terdapat sebarang kesilapan semasa menjayakan
program ini dan berharap program ini dapat menjadi pemangkin kepada ahli-ahli
BKASM untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.
Sekian, wallahua’lam.
Nurul Nazuwa Binti Zazamudin,
Timbalan Setiausaha,
Roadshow Baktisiswa Al-Azhar,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir,
Ulasan
Catat Ulasan