Tinta Jumaat Edisi 29:Kejayaan Tidak Akan Datang Bergolek

Secara hakikinya,dalam konteks kehidupan manusia sering saja kita merasakan pahit getir dalam hidup ini.Inilah yang dikatakan asam garam dalam kehidupan. Ibarat laut tidak bertepian,begitu juga dalam kehidupan kita tidak pernah sunyi dalam erti perjuangan.Seringkali kita mengeluh dan kadangkala kita tersungkur dalam medan pengajian.Pada hari ini,ramai manusia yang terlalu memikirkan di manakah noktah perjuangan dalam siri hidupnya.Bahkan ada yang lari terus meninggalkan gerak kerja yang diamanahkan. Jika kita telusuri kisah para anbiya' dan para sahabat terdahulu,bagaimana mereka terus berusaha menyampaikan dakwah walau apa jua keadaan tanpa mengenal erti payah dan jerih dengan pelbagai mehnah dan rintangan tetapi di sisi mereka mempercayai ALLAH tetap bersama mereka dalam apa jua keadaan sekalipun kerana mereka ingin bantu agama ALLAH. Dalam konteks penuntut ilmu tidak pernah sunyi dengan konsep menuntut ilmu.Sejak kita bersekolah rendah hingga ke peringkat alam mahasiswa m...