Tinta Jumaat Edisi 29:Kejayaan Tidak Akan Datang Bergolek

Ibarat laut tidak bertepian,begitu juga dalam kehidupan kita tidak pernah sunyi dalam erti perjuangan.Seringkali kita mengeluh dan kadangkala kita tersungkur dalam medan pengajian.Pada hari ini,ramai manusia yang terlalu memikirkan di manakah noktah perjuangan dalam siri hidupnya.Bahkan ada yang lari terus meninggalkan gerak kerja yang diamanahkan.
Jika kita telusuri kisah para anbiya' dan para sahabat terdahulu,bagaimana mereka terus berusaha menyampaikan dakwah walau apa jua keadaan tanpa mengenal erti payah dan jerih dengan pelbagai mehnah dan rintangan tetapi di sisi mereka mempercayai ALLAH tetap bersama mereka dalam apa jua keadaan sekalipun kerana mereka ingin bantu agama ALLAH.
Dalam konteks penuntut ilmu tidak pernah sunyi dengan konsep menuntut ilmu.Sejak kita bersekolah rendah hingga ke peringkat alam mahasiswa memang pelbagai cabaran dan tribulasi dalam menuntut ilmu.Namun begitu,janganlah kita menjadikan cabaran itu sebagai halangan untuk kita terus mengutip permata yang ada bagi meneruskan siri perjuangan yang telah diwasiatkan oleh para Salafussoleh.
Oleh itu,kita seharusnya sedar bahawasanya semangat semata-mata tanpa faham akan sesuatu yang dilaksanakan akan merugikan diri kita sendiri.Seterusnya sabar dan thabat menjadi kunci kekuatan kita untuk terus menyusun atur langkah dengan lebih teliti agar kita tidak terpedaya dengan muslihat jahat.
"Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran"
"Kita PMRAM"
Nukilan:
Ustaz Asraf Bin Alias
Ketua Lajnah Ekonomi
BKASM 2012/2013
Ulasan
Catat Ulasan