SABTU, 15 JANUARI 2014- Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2012/2013 telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-38 (MAT ’38) yang bertempat di Kompleks Asrama Rumah Selangor,Hayyu ‘Asyir,Kaherah. Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini bertemakan ‘Musyawarah Injeksi Wehdah Ummah’ . Objektif MAT pada kali ini antaranya ialah memupuk sifat keterbukaan,memberi kritikan dan berlapang dada menerimanya. Selain itu MAT pada tahun ini diadakan juga bertujuan untuk melahirkan pelapis baru BKASM yang amanah dalam membawa pentadbiran generasi akan datang.Kehadiran ahli pada mesyuarat kali ini memberangsangkan. Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-38 bermula seawal jam 8 pagi dengan alunan bacaan ayat Al –Quran daripada Saudara Abdul Najih dan ucapan daripada Ustaz Muhamad Nazif Shaari selaku Pengarah Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke- 3, seterusnya ucapan daripada Ustaz Mu...