MAT-38 : Mendidik generasi berfikir

 SABTU, 15 JANUARI 2014- Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2012/2013 telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-38 (MAT ’38) yang bertempat di Kompleks Asrama Rumah Selangor,Hayyu ‘Asyir,Kaherah. Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini bertemakan ‘Musyawarah Injeksi Wehdah Ummah’. Objektif MAT pada kali ini antaranya ialah memupuk sifat keterbukaan,memberi kritikan dan berlapang dada menerimanya. Selain itu MAT pada tahun ini diadakan juga bertujuan untuk melahirkan pelapis baru BKASM yang amanah dalam membawa pentadbiran generasi akan datang.Kehadiran ahli pada mesyuarat kali ini memberangsangkan.

                Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-38 bermula seawal jam 8 pagi  dengan alunan bacaan ayat Al –Quran daripada Saudara Abdul Najih dan ucapan daripada Ustaz Muhamad Nazif Shaari selaku Pengarah Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke- 3, seterusnya ucapan daripada Ustaz Muhammad Syazwan bin Hamzah selaku Badan Pengurus Angkat PMRAM Cawangan Selangor, dan telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Farid bin Mohd Zainal , Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir.Mesyuarat Agung Tahunan diteruskan dengan pembentangan gerak kerja daripada setiap lajnah dan jabatan.Pembentangan dan perbahasan usul juga telah dibuka dan ahli mesyuarat telah bersetuju dan bersepakat untuk membawa dua usul baru yang perlu dijayakan bersama samada pimpinan BKASM 2014 mahupun ahli iaitu “Kebersamaan dalam memastikan kelangsungan penghantaran mahasiswa ke Mesir” dan “Memperkasa fikrah Islamiah menuju wehdatul amal”.

                Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini membawa sedikit kelainan dengan menggabungkan Majlis Ucaptama Yang Di Pertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir  sesi 2014 di slot terakhir program.Tema pembawaan BKASM pada kali ini ialah ‘Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan’ dan pembawaan BKASM yang perlu djayakan bersama  pada sesi 2014 ialah:
1.       Keseimbangan Thaqafah dan Akademik Membentuk Generasi Ulul Albab.
2.       Kestabilan Ekonomi Islam Tunjang Keutuhan Organisasi.
3.       Mahasiswa Berintegriti Mendepani Arus Globalisasi.
4.       Pemuda Tarbawi  Cerminan Generasi Azhari.
5.       Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan.

           Alhamdulillah mesyuarat pada kali ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Majlis berakhir dengan jamuan. Diharapkan Mesyuarat Agung Tahunan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Sekian,terima kasih.

Disediakan oleh,
 Siti Nur Ain Binti Roslee,
 Timbalan Setiausaha,
 Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-38 (MAT ’38),

 Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2012/2013.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG