Anjuran Puasa Muharam
Anjuran Puasa Muharam
Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam mendorong kita melakukan puasa pada bulan Muharam sebagaimana sabdanya,
ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺍﻟﺼِّﻴَﺎﻡِ ﺑَﻌْﺪَ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ ﺷَﻬْﺮُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟْﻤُﺤَﺮَّﻡُ ﻭَﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓِ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟْﻔَﺮِﻳﻀَﺔِ ﺻَﻼَﺓُ ﺍﻟﻠَّﻴْﻞِ
“ Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadan adalah puasa pada bulan Allah – Muharam. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam .” (HR. Muslim,dari Abu Hurairah).
Imam Nawawi - rahimahullah - menjelaskan, “Hadis ini merupakan penegasan bahawa sebaik-baik bulan untuk berpuasa adalah pada bulan Muharam.”
Di antara sahabat yang gemar melakukan puasa pada bulan-bulan haram (termasuk bulan haram adalah Muharam) iaitu Saidina Umar, Saidatina Aisyah dan Abu Talhah. Bahkan Ibnu ‘Umar dan Al Hasan Al Basri gemar melakukan puasa pada setiap bulan haram (Latha-if Al Ma’arif).Bulan haram adalah bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.Hari di bulan Muharam, yang lebih afdhal adalah puasa hari ‘Asyura, iaitu pada 10 Muharam.
Abu Qatadah Al Ansari berkata,
ﻭَﺳُﺌِﻞَ ﻋَﻦْ ﺻَﻮْﻡِ ﻳَﻮْﻡِ ﻋَﺮَﻓَﺔَ ﻓَﻘَﺎﻝَ « ﻳُﻜَﻔِّﺮُ ﺍﻟﺴَّﻨَﺔَ ﺍﻟْﻤَﺎﺿِﻴَﺔَ ﻭَﺍﻟْﺒَﺎﻗِﻴَﺔَ » . ﻗَﺎﻝَ ﻭَﺳُﺌِﻞَ ﻋَﻦْ ﺻَﻮْﻡِ ﻳَﻮْﻡِ ﻋَﺎﺷُﻮﺭَﺍﺀَ ﻓَﻘَﺎﻝَ « ﻳُﻜَﻔِّﺮُ ﺍﻟﺴَّﻨَﺔَ ﺍﻟْﻤَﺎﺿِﻴَﺔَ
“ Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Beliau menjawab, ”Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Beliau juga ditanya mengenai keistimewaan puasa ’Asyura? Beliau menjawab, ”Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu .” (HR.Muslim)
Membezakan Yahudi dengan Menambah Puasa Tasu’a (9 Muharam).
Dalam rangka membezakan dengan Yahudi, kita diperintahkan berpuasa pada hari sebelumnya, iaitu berpuasa pada hari kesembilan (tasu’a).
Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma berkata bahawa ketika Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam melakukan puasa hari ’Asyura dan memerintahkan kaum muslimin untuk melakukannya, pada saat itu ada yang berkata,
ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺇِﻧَّﻪُ ﻳَﻮْﻡٌ ﺗُﻌَﻈِّﻤُﻪُ ﺍﻟْﻴَﻬُﻮﺩُ ﻭَﺍﻟﻨَّﺼَﺎﺭَﻯ
“ Wahai Rasulullah, hari ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani .” Lantas beliau mengatakan,
ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻛَﺎﻥَ ﺍﻟْﻌَﺎﻡُ ﺍﻟْﻤُﻘْﺒِﻞُ – ﺇِﻥْ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠَّﻪُ – ﺻُﻤْﻨَﺎ ﺍﻟْﻴَﻮْﻡَ ﺍﻟﺘَّﺎﺳِﻊَ
“ Apabila tiba tahun hadapan–insya Allah (jika Allah menghendaki)- kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan .”Ibnu Abbas mengatakan,
ﻓَﻠَﻢْ ﻳَﺄْﺕِ ﺍﻟْﻌَﺎﻡُ ﺍﻟْﻤُﻘْﺒِﻞُ ﺣَﺘَّﻰ ﺗُﻮُﻓِّﻰَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ -ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ
“ Belum sampai tahun depan, Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam sudah meninggal dunia .” (HR. Muslim)
Ibnu Rajab mengatakan, ”Antara ulama yang menganjurkan berpuasa pada tanggal 9 dan 10 Muharam sekaligus adalah Imam Asy Syafi’i, Imam Ahmad, dan Ishaq. Adapun Imam Abu Hanifah menganggap makruh jika seseorang hanya berpuasa pada hari kesepuluh sahaja.” (Lathaif Al Ma’arif)
Apa Hikmah Menambah Puasa pada Hari Kesembilan?
Sebagian ulama mengatakan bahawa sebab Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam berpuasa pada hari kesepuluh serta kesembilan agar tidak tasyabbuh (menyerupai) orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari kesepuluh saja. Dalam hadis Ibnu Abbas juga terdapat isyarat mengenai hal ini. Ada juga yang mengatakan bahawa hal ini untuk berhati-hati, siapa tahu salah dalam penentuan hari ’Asyura’ (tanggal 10 Muharam).
Pendapat yang menyatakan bahwa Nabi menambah hari kesembilan agar tidak menyerupai puasa Yahudi adalah pendapat yang lebih kuat. Wallahu a’lam ....
Semoga Allah memudahkan kita untuk terus beramal soleh.
Muhammad Ezzani Bin Ismail
Ketua Lajnah Dakwah Dan Tarbiah BKASM 2014
"Pemuda Tarbawi Cerminan Generasi Azhari"
BKASM 2014
Ulasan
Catat Ulasan