Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

RISALAH DAKWAH TERBITAN OGOS - PAYAH NAN INDAH

Imej
((ولا تهنوا ولاتحزنوا وأنتم الأعلون إن كنتم مؤمنين)) Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya. ( ( من قال لا إله إلا الله فهو الداعي )) Sesiapa yang mengucapkan kalimah tiada tuhan selain Allah maka dia adalah seorang daie. Acapkali kita didengarkan atau dizikirkan dengan bait-bait ayat diatas. Tidak kira dimana kita berada pastinya diulang-ulang. Namun adakah bila tiap kali diulang atau diperdengar kepada kita,kita sudah mampu melaksanakannnya??? Tepuklah dada, tanyalah iman..Payah bukan?? Sahabat-sahabat , ingatlah di setiap kepayahan yang didatangkan kepada kita pasti akan ada keindahan walau sekelumit rasa. Jika ingin dibandingkan kepayahan dakwah baginda Nabi SAW dan para sahabat,apalah sangat kepayahan kita. Bas mogok dan kita tidak dapat ke kuliah atau ke destinasi pilihan? Maka pilihlah pengangkutan awam yang lain. Payah? Jika kita sudah sampai ke destinasi pilihan,sedikit demi sedikit rasa itu hilang. ...

RISALAH ILMIAH SIRI KEENAM - TUNTUTAN ILMU DAN PERSATUAN

Imej
مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَطْلُبُ فِيْهِ عِلْمًا، سَلَكَ اللهُ بِهِ طَرِيْقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ "Barangsiapa menempuh suatu jalan yang padanya dia mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan dia menempuh jalan dari jalan-jalan (menuju) jannah(syurga) . . .” Baru-baru ini, kita telah dibanjiri dengan kedatangan pelajar-pelajar baru yang diumpamakan seperti permata-permata baru yang bakal meraih lautan ilmu di bumi kinanah dan mencurahkan bakti di Malaysia tanah tempat kelahiran. Setelah menempuh ujian demi ujian, halangan serta halangan akhirnya berkat kesungguhan dan keazaman yang tinggi, mereka berjaya sampai dengan aman dan selamat . Sepertimana yang kita tahu, hadis nabi ada menyatakan :  طلب العلم فريضة على كل مسلم و مسلمة “menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap lelaki muslim dan wanita muslim “. Hadis di atas menunjukkan tentang kewajipan menuntut ilmu bagi setiap insan. Kita sebagai azhari dan azhariah khususnya pelajar-pelajar baru yang baru melangkah ke bumi ...

Merdekakah kita ? TINTA JUMAAT SIRI KE - 32

Imej
Pada 31 Ogos ini kita sebagai rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-58. Apabila kita sebut tentang kemerdekaan jelaslah yang dimaksudkan dengan merdeka daripada segi bahasanya adalah kita bebas daripada penjajah kuasa asing yang bermula pada tahun 1511 sehingga 1945. Hakikatnya kita merdeka hanya sekadar jaharnya sahaja, akan tetapi diri dan pemikiran kita dijajah oleh mereka yang tidak ingin untuk Negara kita hidup dengan kehidupan islam yang lebih sempurna. Firman Allah S.W.T  :   قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ  (Al-Naml : 34)   Ertinya : Ratu Balqis berkata : “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah yang mereka akan lakukan. Begitu juga kita telah hampir untuk memasuki Bulan kemerdekaan, selari dengan cara sambuta...

KEMBARA BALTIM'15 - Hati Dipateri Menyemai Jiwa Rabanni

Imej
22 dan 23 Ogos 2015, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir dibawah Lajnah Sambutan dan Rehlah telah berjaya menganjurkan jaulah santai ke Baltim, Kafr Syeikh. Program  khusus yang melibatkan mahasiswa Selangor ini diberi nama KEMBARA BALTIM’15, ini kerana Baltim merupakan destinasi yang julung kalinya dipilih sebagai destinasi jaulah santai Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir pada kali ini. Antara objektif yang digariskan pada KEMBARA BALTIM’15  adalah mengukuhkan ukhuwah antara ahli BKASM pada setiap peringkat dan seterusnya menerapkan nilai tarbiyah ruhiyyah dan jasadiyah dalam kalangan ahli selain menanamkan nilai kesatuan islam dalam diri peserta yang menjayakannya. Seramai  45 orang peserta  telah menyertai jaulah kali ini yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Zahiruddin bin Mohamad Kamal, selaku pengarah KEMBARA BALTIM’15. Sebelum bertolak, peserta menunaikan solat fardhu subuh secara berjemaah di Musolla Darul Ehsan. Perjalanan ke Baltim dengan menaik...

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR - SUSULAN ISU DAKWAAN PENYELEWENGAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH

Imej
23 OGOS 2015 - KAHERAH, Mesyuarat Yang Di-Pertua (YDP) Badan Kebajikan Anak Negeri pada hari Sabtu bertarikh 22 Ogos 2015 di Wisma Perak Baitul Ridzuan, Kaherah yang dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Asri bin Mohd Salim, YDP Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir adalah bertujuan membincangkan tindakan susulan hasil perjumpaan YDP-YDP BKAN bersama pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) pada 17 Julai 2015 bertempat di Asrama Sementara Wilayah Persekutuan yang lepas. Mesyuarat telah mencapai kata sepakat seperti berikut : 1) Merujuk kepada ucapan Yang Mulia Tuan Yang Terutama Dato' Ku Jaafar bin Ku Shaari, Duta Besar Malaysia Ke Mesir dan ditauliah serentak ke Palestin, beliau telah menafikan keterlibatan BKAN dalam isu penyelewengan tersebut dan menyatakan kenyataan tersebut adalah bersifat umum dan tidak membabitkan BKAN. 2) Justeru, BKAN memohon pihak KBMK mengeluarkan satu kenyataan menafikan keterlibatan persatuan-persatuan negeri sekaligus bagi membersihka...

JEJAK BALTIM ' 15 - UKHUWAH TERCIPTA MEMORI TERUKIR

Imej
17 OGOS 2015, ISNIN – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2014/2015 dibawah kelolaan Lajnah Sambutan & Rehlah telah mengadakan jaulah santai ke Baltim, Kafr Syeikh pada 15 Ogos 2015  bersempena dengan cuti musim panas pada tahun ini. Jaulah santai yang diberi nama JEJAK BALTIM’15 dan bertemakan “Ukhuwah Tercipta, Memori Terukir” ini adalah ilham perbincangan bersama barisan adhoc pelaksana kerana Baltim menjadi destinasi pilihan buat pertama kalinya untuk diadakan jaulah santai.  Jaulah santai JEJAK BALTIM’15 ini adalah khusus bagi mahasiswi Selangor di Perlembahan Nil. Antara objektif yang dibawa pada jaulah santai JEJAK BALTIM’15 pada kali ini adalah memperkasakan ukhuwah antara sesama ahli selain meneliti kebesaran Ilahi dan mengambil ibrah kesan berkelana dibumiNya. Di samping itu, ianya juga bertujuan menjadikan jaulah sebagai wasilah tarbiah. Seramai 70 orang mahasiswi dan 4 orang musyrif daripada kalangan mutazawwijin dan musyrif BKASM be...

IJTIHAD’15 : INJEKSI THAQAFAH SIMULASI WEHDAH

Imej
11 OGOS 2015, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM)  di bawah program Hari Tautan Ukhuwah yang dikenali juga sebagai IJTIHAD’15 telah mengadakan program khusus untuk para mahasiswa baru . Program ini berlangsung selama 4 hari iaitu pada 3, 4, 6 dan 8 Ogos 2015 bertempat di Dewan Masjid Tantawi dan Imarah Selangor. Program ini telah melibatkan seramai 153 orang mahasiswa baru. Antara objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk meribatkan ukhuwah antara mahasiswa baru dengan ahli BKASM. Seterusnya menerapkan nilai tarbiah ruhiyyah dan fikrah islamiah sekaligus menambahkan pengetahuan serta kefahaman tentang kehidupan di Mesir .Selain itu, program ini juga telah memperkenalkan nilai kesatuan Islam bagi  membentuk kematangan mahasiswa agar mampu menggerakkan Islam demi generasi akan datang . Program ini bermula dengan slot perasmian oleh Ustaz Muhammad Sufi bin Muhammad Yusoff, Penasihat BKASM sesi 2014/2015. Seterusnya program ini diteruskan dengan slo...

REKREASI SUKAN SUNNAH RENANG

Imej
10 dan 13 Ogos 2015 - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Sesi 2014/2015 di bawah kelolaan Lajnah Kesenian dan Sukan telah menjalankan aktiviti Rekreasi Sukan Sunnah Renang yang julung kali diadakan bertempat di Istad Toyota, Abbasiah. Program ini berlangsung pada 10 Ogos 2015 khusus untuk akhawat manakala 13 Ogos 2015 khusus untuk ikhwah. Peserta menuju ke tempat renang menaiki pengangkutan yang disediakan oleh pihak penganjur. Antara objektif aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk merapatkan ukhwah sesama ahli BKASM. Disamping memperbaharui medium sukan kepada ahli ia juga bagi membentuk ahli yang aktif dari segi fizikal. Renang untuk akhawat yang diadakan pada hari Isnin pada jam 9.00 pagi bermula dengan sesi  taklimat ringkas sebelum pengisian sepenuhnya diserahkan kepada tenaga pengajar.  Aktiviti renang yang terdiri daripada 40 orang akhawat ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Manakala renang yang dijalankan untuk ikhwah pada hari Khamis yang lalu bermu...

HAMPIR TIBA SAATNYA - TINTA JUMAAT SIRI KE - 31

Imej
الله غايتنا والرسول قدوتنا والقرأن دسترنا والجهاد سبيلنا والموت في سبيل الله أسمي أمانينا )) )) “ALLAH matlamat kami, Rasul ikutan kami, al quran pelembagaan kami, jihad jalan kami, mati syahid di jalan Allah cita tertinggi kami”. Bila dunia letak di hati, akhirat dipandang sepi. Ulama di ketepi, yang bukan ahlinya dilambung tinggi. Yang baik dipandang keji, yang buruk dicari-cari. Inilah tanda kiamat semakin menghampiri.          Senario dunia pada era modenisasi,mengikut formula hipotesis sains, “Jika bertambah maju sesebuah negara maka bertambah tinggi keruntuhan akhlaknya”. Hiburan (K POP), fitnah, hutang, korupsi, pemimipin ZALIM dan berbagai bentuk kebejatan akhlak berleluasa.Mungkin bagi mereka perkara biasa! benda kecil! pandang sebelah mata! Neraka hanya sekadar cerita. Dimanakah kita? Moga ALLAH terus pelihara.            Dunia semakin tua tetapi amalan seperti biasa....

HAK VS BATIL - TINTA JUMAAT SIRI KE - 30

Imej
Firman Allah SWT : “Dan janganlah kamu mencampur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula, padahal kamu semua mengetahuinya.” ( surah Al-Baqarah ayat 42 ) Nabi SAW telah mewasiatkan kepada kita semua bahawa selagi manusia berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah yang sahih tidak akan sesat sampai bila-bila. Sesungguhnya Al-Quran dan Sunnah Nabi itu adalah petunjuk. Dalam Islam semua perbuatan, amalan dan niat mesti dibenarkan syarak dan matlamatnya juga jelas tidak bertentangan dengan syarak. Kita dilarang menggunakan kaedah untuk mencapai sesuatu matlamatnya yang baik tetapi cara dan jalannya haram.Terdapat satu kaedah umum dalam Usul Fiqh  Islam, iaitu menerusi satu pendekatan: الغاية لا تُبرر الوسيلة (Matlamat Tidak Menghalalkan Cara) Ramai yang melaungkan perjuangan di atas nama Islam, hakikatnya seruan Islam mereka itu tersasar jauh dari apa yang diperkatakan. Umat Islam sama ada sedar atau tidak sedar,mereka memusuh...