RISALAH DAKWAH TERBITAN OGOS - PAYAH NAN INDAH

Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya.
(( من قال لا إله إلا الله فهو الداعي ))
Sesiapa yang mengucapkan kalimah tiada tuhan selain Allah maka dia adalah seorang daie.
Sesiapa yang mengucapkan kalimah tiada tuhan selain Allah maka dia adalah seorang daie.
Acapkali kita didengarkan atau dizikirkan dengan bait-bait ayat diatas. Tidak kira dimana kita berada pastinya diulang-ulang. Namun adakah bila tiap kali diulang atau diperdengar kepada kita,kita sudah mampu melaksanakannnya??? Tepuklah dada, tanyalah iman..Payah bukan??
Sahabat-sahabat , ingatlah di setiap kepayahan yang didatangkan kepada kita pasti akan ada keindahan walau sekelumit rasa. Jika ingin dibandingkan kepayahan dakwah baginda Nabi SAW dan para sahabat,apalah sangat kepayahan kita.
Bas mogok dan kita tidak dapat ke kuliah atau ke destinasi pilihan? Maka pilihlah pengangkutan awam yang lain. Payah? Jika kita sudah sampai ke destinasi pilihan,sedikit demi sedikit rasa itu hilang. Indah bukan! Tidak berniat untuk menjadi menteri pengangkutan, namun ini hanyalah satu perkongsian.
Menghafaz dan mengulang kalam suciNya tidak kira kita sebagai seorang hafiz atau hafizah atau mungkin juga mengulang muqarrar di kuliah.Subhanallah payahnya hanya diri kita dan Allah sahaja yang tahu bukan?
Baca dan sorotilah kisah bagaimana kekasih Allah SWT yakni Nabi Muhammad SAW menerima wahyu Allah seperti dalam kitab-kitab sirah yang telah termaktub, bagaimana nabi terjelepuk jatuh kerana beratnya wahyu kalam Allah SWT. Tetapi,indahnya generasi hari ini hanya perlu baca,fahami,hafaz dan sampaikan. Payah bahkan susah tetapi Al-quran sentiasa dihati. Indahnya.
Dimarahi sahabat tatkala mengejut bangun subuh. Pedih dan sakit. Rasa bagaikan tiada lagi kejutan subuh untuk esok hari. Justeru, bayangkan bagaimana Nabi Muhammad SAW dan para sahabat diugut bunuh,diseksa,dipulau tatkala islam ingin disebarkan. Bagaimana kepayahan Bilal Bin Rabah hanya untuk mengatakan lailahaillallah,anak dan isteri nabi Nuh yang tidak mahu bersama dengan jalan Islam,pakcik-pakcik Nabi yang sentiasa memusuhi dan membantutkan perjuangan Islam.
Jika dikenang kembali,indahnya bila melihat sahabat seperjuangan kita sama-sama menunaikan solat subuh berjemaah. Hati bahagia,pahala berganda!
Jika dikenang kembali,indahnya bila melihat sahabat seperjuangan kita sama-sama menunaikan solat subuh berjemaah. Hati bahagia,pahala berganda!
Jom,mulakan langkah! Kerja dakwah,kerja tarbiah memang payah malah boleh dibilang berapa ramai yang mampu menerima. Namun,ingatlah janji Dia Yang Esa. Jika tidak indah didunia mungkin indahnya di syurga.
“PEMIKIRAN WASATIYAH MEMBENTUK TUNJANG UMMAH”
Hasil Karya : Norliana binti Kamal
| Lajnah Dakwah & Tarbiah |
| BKASM sesi 2014/2015 |
Ulasan
Catat Ulasan