Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

Imej
Mahkamah akan bersidang pada 24 Januari ini bagi membincangkan hukuman yang bakal dikenakan pada si pembela diri, saudara Zulkifli kerana mempertahankan diri beliau dan keluarga daripada ancaman perompak. Adakah ia salah? Dari sudut pandangan Islam, pencuri yang telah disabitkan kesalahan, wajib dilaksanakan hukuman memotong tangan seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ayat ke-38. Akan tetapi apabila dilihat pada realiti hari ini, pelaksanaan tersebut menjadi sebaliknya apabila si pembela mempertahankan diri daripada perompak, si pembela dikenakan tindakan undang-undang. Jika ditakdirkan, seseorang mampu menyekat perompak dengan melawan dan didapati tidak ada jalan lain, melainkan dengan membunuhnya maka membunuh perompak pada waktu tersebut adalah harus di sisi syariat. Selain itu juga, Islam memuliakan mereka yang berani melawan perompak seperti mana hadis dibawah : من قتل دون ماله فهو شهيد، ومن قتل دون أهله فهو شهيد، ومن قتل دون دينه فهو شهيد، ومن قتل دون دمه...

G25 - PATUHI SYARIAT HIDUP TERPELIHARA - Tinta Jumaat Siri 7

Imej
Mutakhir ini, semakin banyak isu umat dan masyarakat Islam yang semakin parah dan kian meruncing yang diperdengarkan kepada kita saban hari. Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan sebuah kumpulan yang dinamakan sebagai G25 agar menggesa tindakan hukuman khalwat terhadap orang Islam dimansuhkan. Hal ini jelas bertentangan dan membelakangkan hak Allah yang agung. Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran: “ Celupan Allah. Siapa yang lebih baik celupannya daripada Allah. Dan hanya kepadaNya kami menyembah “ ( Al-Baqarah : 138 ) Ayat Al-Quran di atas jelas menunjukkan hukum-hakam di dalam Islam adalah yang terbaik. Kalam Allah mengatasi segala-galanya. Malah, ia lebih tinggi tarafnya daripada apa yang termaktub dalam mana-mana perlembagaan sesebuah institusi mahupun negara sekalipun. Antara perkara yang diperjuangkan oleh kumpulan G25 ini adalah tidak mengganggu hak kebebasan seseorang. Tegas mereka lagi,  perbuatan khalwat di tempat peribadi merupakan kesalahan...

HAYATI SIRAH RASULULLAH - Tinta Jumaat Siri 6

Imej
Bismillahi walhamdulillah, Setinggi-setinggi kita merafakkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, dengan limpah kurnia dan inayahNya, kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan lagi kehidupan sebagai hamba Allah di muka bumi ini dan menjadi ummat Nabi Muhammad S.A.W. Firman Allah Taala: “ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,” . (Surah Al-Ahzab :21 ) Rasulullah S.A.W adalah utusan yang terakhir dan penutup bagi sekalian Nabi-Nabi ( Khatimul Anbiaya’). Keperibadian baginda S.A.W cukup sempurna meliputi segala aspek kehidupan. Nabi S.A.W adalah seorang ketua keluarga yang terbaik, seorang pemimpin yang adil, seorang pentadbir yang terulung, seorang daie yang paling berjaya dalam dakwahnya, dan kesemuanya itu dilandasi dengan keagungan akhlak baginda S.A.W. Firman Allah S.W.T :  “ Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia.” (Surah Al-Qalam :4) Keperibadian baginda juga merupakan petunjuk yang jelas dan ...

Makluman : Tarikh Muzakarah Berkelompok Amali Peringkat BKASM sesi 2015/2016

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sangat menitikberatkan agenda pentarbiahan serta keseimbangan akademik dan thaqafah dalam kalangan ahli. Penerapan unsur tarbiah adalah sangat penting bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan syakhsiah manakala penguasaan ilmu yang bersifat turathi mahupun kontemporari serta kemahiran dalam memimpin adalah satu aspek yang tidak boleh dipandang enteng. Sempena imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah Dan Tarbiah BKASM sesi 2015/2016 telah menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Amali adalah pada 4 Disember 2015. Semoga semua ahli di setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Amali serta dapat menggunakan sepenuh masa dan peluang dengan sebaiknya bagi menghadapi imtihan yang bakal tiba. BKASM mendoakan agar semua mahasiswa dan mahasiswi memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam imtihan kali ini. ...