Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

JIDDIYAH ITU KITA! - Tinta Jumaat siri ke 21

Imej
“Kita akan gunakan kekuatan secara maksima sehingga orang Palestin akan datang kepada kita secara merangkak”                                  - Rafael Eitan,Ketua, Tentera Israel. “Tiap orang harus bergerak ,berlari dan merebut puncak bukit sebanyak mungkin untuk memperluas tempat kerana apa yang kita sebut hari ini akan menjadi milik kita untuk selamanya. Apa yang tidak kita rebut akan menjadi milik mereka”     - Ariel Sharon, mantan Perdana Menteri Israel.   Lihatlah betapa gahnya sifat jiddiyah (kesungguhan) mereka dalam merampas hak-hak orang Islam. Dalam konteks sebagai penuntut ilmu, sewajarnya ada sifat jiddiyah ini dalam diri kita. Ya! Dalam menutut ilmu tidak pernah sunyi dengan ujian dan cabaran. Namun,janganlah kita menjadikan ujian dan cabaran itu sebagai halangan untuk kita mengutip per...

KITA HANYALAH HAMBA - Tinta Jumaat siri ke 20

Imej
Manusia adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Hakikat seseorang manusia itu diciptakan hanyalah untuk menjadi hamba kepada Allah S.W.T dari segala aspek di dalam kehidupan mereka. Ini bertepatan dengan firman-Nya didalam Surah Adz-Dzariyat ayat 56. Maksudnya : Dan ( ingatlah ) tidak Aku menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembah dan beribadah kepada-Ku. Kita hanyalah hamba kepada Allah S.W.T. Setiap diri seseorang hamba itu telah  dipertanggungjawabkan dengan perintah yang mesti dilaksanakan dengan sebaiknya agar kehidupan mereka sentiasa bahagia di dunia dan di akhirat. Dan tidaklah Allah S.W.T memberikan seseorang itu sesuatu tanggungjawab dan perintah melainkan dia mampu untuk melaksanakannya sepertimana firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 : Maksudnya : Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Kita hanyalah hamba kepada Allah S.W.T. Setiap amanah dan perintah yan...

Makluman : Tarikh Muzakarah Berkelompok Amali Peringkat BKASM sesi 2015/2016

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sangat menitikberatkan agenda pentarbiahan serta keseimbangan akademik dan thaqafah dalam kalangan ahli. Penerapan unsur tarbiah adalah sangat penting bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan syakhsiah manakala penguasaan ilmu yang bersifat turathi mahupun kontemporari serta kemahiran dalam memimpin adalah satu aspek yang tidak boleh dipandang enteng. Sempena imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah Dan Tarbiah BKASM sesi 2015/2016 telah menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Amali adalah pada 15 April 2016. Semoga semua ahli di setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Amali serta dapat menggunakan sepenuh masa dan peluang dengan sebaiknya bagi menghadapi imtihan yang bakal tiba. BKASM mendoakan agar semua mahasiswa dan mahasiswi memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam imtihan kali ini. "Pemantapa...

Muhasabah Separuh Penggal BKASM REFLEKSI'16 - Muhasabah Disepakat, Hati Diribat

Imej
14 APRIL 2016, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir telah mengadakan Refleksi'16 sebagai Muhasabah Separuh Penggal pada Khamis yang lalu. Tujuan utama majlis ini diadakan untuk menerima muhasabah dan cadangan antara pimpinan dan ahli dalam usaha memperbaiki prestasi gerak kerja pentadbiran yang berbaki serta menyatukan hati antara pimpinan dan ahli melalui sikap terbuka dalam memberi muhasabah dan berlapang dada menerimanya. Refleksi '16 dimulakan dengan dengan mengadakan ambang iaitu BKASM Indoorgames pada 12 April di peringkat akhawat dan 13 April di peringkat ikhwah. Acara yang telah dipertandingkan ialah pingpong, carom dan congkak yang dilaksanakan di Asrama Rumah Selangor. Selain itu, ia turut melibatkan Badan Kebajikan Anak Negeri  (BKAN) taakhi iaitu daripada BKAN Pahang. Majlis perasmian telah diadakan pada 14 April di Musolla Darul Ehsan dan telah dirasmikan oleh Penasihat BKASM sesi 2015/2016 Ustaz Muhamad Nazif bin Shaari yang turut melancarkan Ma...

Membudayakan Ilmu melalui Diskusi Perbincangan - Tinta Jumaat siri ke 19

Imej
Allah S.W.T berfirman : “ Dari tanda-tanda ( Kebesaran Allah ) ialah ciptaan langit dan bumi, dan perbezaan (ikhtilaf) lidah-lidah kamu ( wahai manusia ) dan warna kulit, Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang mengetahui” [ Ar-Rum : 22 ] Berdasarkan ayat di atas, Allah menerangkan kepada kita bahawa perbezaan dan kepelbagaian sesuatu itu merupakan sunnah alam yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T pada seluruh ciptaanNya. Perbezaan itu juga adalah merupakan tanda keagungan dan kekuasaan Allah dan menunjukkan kepada kita bahawa Allah Yang Maha Kaya memberikan kepada manusia kefahaman dan pertimbangan yang berbeza kepada manusia. Sejarah tamadun Islam telah membuktikan bahawa khilaf pandangan merupakan rahmat yang telah Allah kurniakan  kepada hambaNya. Sebagai contoh lihat bagaimana ulama-ulama terdahulu dalam menghasilkan kitab-kitab ilmu Islam. Masing-masing mempunyai pandangan dan hujjah yang pelbagai. Maka, melalui kewujudan ...

Makluman: Penangguhan Program Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah badan persatuan yang sangat menitikberatkan tentang kebajikan ahli termasuk pendidikan. Mengambil maklum pengajian fasa kedua sesi 2015/2016 yang semakin rancak dalam tempoh menuju musim peperiksaan, semua mahasiswa/wi juga kini sedang bertungkus lumus membuat persiapan bagi mendapatkan kejayaan yang dicitakan dalam peperiksaan. Sehubungan dengan itu, BKASM telah memutuskan tarikh 7 Rejab 1437 bersamaan 15 April 2016 adalah tarikh penangguhan bagi sebarang program di peringkat BKASM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Ini bagi memberi persediaan dan nilai tambah kepada mahasiswa/wi dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Usaha itu tangga kejayaan. Oleh yang demikian, mahasiswa/wi diharapkan dapat mempertingkatkan prestasi, berikan sepenuh konsentrasi, dan serlahkan segala potensi kerana kejayaan tidak datang bergolek de...

Makluman: Penangguhan Program Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah badan persatuan yang sangat menitikberatkan tentang kebajikan ahli termasuk pendidikan. Mengambil maklum pengajian fasa kedua sesi 2015/2016 yang semakin rancak dalam tempoh menuju musim peperiksaan, semua mahasiswa/wi juga kini sedang bertungkus lumus membuat persiapan bagi mendapatkan kejayaan yang dicitakan dalam peperiksaan. Sehubungan dengan itu, BKASM telah memutuskan tarikh 7 Rejab 1437 bersamaan 15 April 2016 adalah tarikh penangguhan bagi sebarang program di peringkat BKASM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Ini bagi memberi persediaan dan nilai tambah kepada mahasiswa/wi dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Usaha itu tangga kejayaan. Oleh yang demikian, mahasiswa/wi diharapkan dapat mempertingkatkan prestasi, berikan sepenuh konsentrasi, dan serlahkan segala potensi kerana kejayaan tidak datang bergolek den...

Kenyataan Bersama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) di Mesir: "Beri Peluang Kepada Dr. Zakir Naik Buktikan Keindahan Islam"

Imej
1. Berikutan isu provokasi terhadap Ceramah Dr. Zakir Naik yang bakal berlangsung pada 17 April ini di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), kami Barisan Kepimpinan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri di Mesir yang mewakili mahasiswa Islam di Mesir, kesal dengan tindakan tersebut. 2. Kredibiliti Dr. Zakir Naik sebagai pendakwah yang terkemuka dunia serta pernah menerima anugerah tokoh Maal Hijrah 1435H Peringkat Antarabangsa itu perlu diberikan pengiktirafan penuh oleh pihak kerajaan Malaysia selaku negara yang mengamalkan keharmonian agama dalam masyarakat berbilang kaum. Sepanjang pengamatan umat Islam terhadap Dr. Zakir Naik dalam arena dakwahnya, belum pernah lagi beliau mencetuskan provokasi atau menghidupkan sentimen prejudis terhadap agama lain. Setiap hujjah yang beliau utarakan dalam ceramah-ceramah beliau adalah bertunjangkan kepada fakta yang tepat dan sahih daripada Al-Quran, Hadis Rasulullah SAW, kitab-kitab sumawi yang lain serta fakta sains yang logik...

HISBAH DAN KAITANNYA DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM - Tinta Jumaat Siri ke - 18

Imej
Alhamdulillah dan ucapan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada hamba-Mu ini untuk diberi peluang dan ruang dalam berkongsi sedikit bahan ilmiah. Suka di sini saya menceritakan perihal Hisbah dan kaitannya dalam kehidupan seorang muslim. Jika ingin disingkap akan makna atau takrif Hisbah ini, makanya ianya mempunyai takrifan yang pelbagai. Antara takrif Hisbah  adalah yang disebut oleh Al-Imam al- Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkamus-Sultaniyyah wal-Wilayatud-Diniyyah yang menyebut  HISBAH ialah `Menegakkan yang ma'aruf apabila ianya ditinggalkan secara terang-terangan dan mencegah kemungkaran apabila ianya dilakukan secara terang-terangan . Ini membawa maksud bahawa sekiranya ianya ditinggalkan atau dilakukan secara  sembunyi maka ianya bukan lagi merupakan tanggungjawab hisbah, tetapi menjadi tanggungjawab para hakim atau penguasa apabila wujud pendakwaan yang mana ianya melibatkan penyaksian dan keterangan.  Tidaklah tanggungjawab Hisbah...

Laporan Kelas Tutorial Fasa Dua.

Imej
MAC 2016, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016 di bawah Lajnah Pendidikan telah menjalankan Kelas Tutorial bagi fasa kedua bermula pada 26 Mac 2016. Kelas tutorial tersebut dijalankan hasil gabungan tiga Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) iaitu BKAN Selangor, Kedah dan Terengganu. Objektif kelas ini diadakan ialah untuk memudahkan ahli dalam memahami pelajaran kuliah bagi madah-madah yang tertentu dan menjadikan para pengajar sebagai rujukan. Selain itu, ia sebagai persediaan imtihan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kelas tutorial ini fokus pada kuliah Syariah Islamiyah, kuliah Usuluddin dan kuliah Lughoh Arabiah tahun satu dan dua sahaja. Kelas tutorial diadakan di Asrama Rumah Selangor, Asrama Rumah Terengganu dan Asrama Rumah Kedah mengikut madah-madah tertentu pada waktu yang telah ditetapkan. Diharapkan kelas yang dijalankan ini dapat membantu dalam meningkatkan kualiti akademik ahli seterusnya menjadi wadah penggerak ke arah memartabatkan ...

HIMPUNAN SUKARELAWATI HISBAH

Imej
27 MAC 2016, KAHERAH – Unit Hisbah BKASM dibawah pantauan Jabatan Yang Dipertua telah mengadakan perjumpaan bersama sukarelawati HISBAH kali yang pertama, yang diadakan selepas Isya’ bertempat di Musolla Darul Ehsan. Program julung kali yang diadakan oleh Hisbah BKASM khusus untuk akhawat ini, dihadiri seramai 45 orang sukarelawati yang berdaftar. Sukarelawati yang hadir telah diberikan penerangan sedikit sebanyak, tentang objektif penubuhan Unit Hisbah oleh Saudari Siti Aisyah bt Ismail yang merupakan Timbalan Pengarah Hisbah. Setelah itu, penerangan tentang penubuhan sukarelawati Hisbah oleh saudari Syaidatul Humaira’ bt Mohd Naim, Timbalan Unit Operasi & Keselamatan Hisbah, yang merupakan penggerak utama dalam menguruskan perjalanan sukarelawati hisbah BKASM. Antara penerangan yang diberikan ialah, tentang aktiviti yang akan dijalankan iaitu Seni Mempertahankan Diri, Dakwah On Your Mark! dan Pesanan Cinta yang membawa objektif untuk menjadi salah satu pla...

Majlis Pengumuman Ahli Jawatankuasa Khas Badan Kebajikan Anak Negeri - Muafakat Asas Kejayaan

Imej
31 MAC 2016, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Negeri telah mengadakan Majlis Pengumuman Ahli Jawatankuasa Khas Badan Kebajikan Anak Negeri di Wisma Sultan Muhammad V Hayyu Sabie. Antara objektif utama program ini dilaksanakan:-  1) Memperkenalkan medium kerjasama antara BKAN.  2) Mengembalikan semangat kesatuan mahasiswa.  3) Mengumpulkan seluruh mahasiswa Malaysia Mesir. 4) Membuka medan kepada mahasiswa untuk melontarkan idea. Program ini telah dihadiri oleh mahasiswa dan mahasiswi daripada pelbagai negeri. Program dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Seterusnya, pengerusi majlis menjemput barisan Yang Dipertua-Yang Dipertua dan Ketua-Ketua Hewi BKAN serta pengarah program untuk mengendalikan majlis pengumuman ahli jawatankuasa khas. Majlis dimulakan dengan ucapan pengarah membentangkan objektif program ini. Kemudian, majlis pengumuman ahli jawatankuasa dikendali oleh saudara Mohammad Ainuddin bin Mohd Ishak, wakil Yang Dipertu...