JIDDIYAH ITU KITA! - Tinta Jumaat siri ke 21
“Kita akan gunakan kekuatan secara maksima sehingga orang Palestin akan datang kepada kita secara merangkak”
- Rafael Eitan,Ketua, Tentera Israel.
“Tiap orang harus bergerak ,berlari dan merebut puncak bukit sebanyak mungkin untuk memperluas tempat kerana apa yang kita sebut hari ini akan menjadi milik kita untuk selamanya. Apa yang tidak kita rebut akan menjadi milik mereka”
- Ariel Sharon, mantan Perdana Menteri Israel.
Lihatlah betapa gahnya sifat jiddiyah (kesungguhan) mereka dalam merampas hak-hak orang Islam. Dalam konteks sebagai penuntut ilmu, sewajarnya ada sifat jiddiyah ini dalam diri kita. Ya! Dalam menutut ilmu tidak pernah sunyi dengan ujian dan cabaran. Namun,janganlah kita menjadikan ujian dan cabaran itu sebagai halangan untuk kita mengutip permata ilmu bagi meneruskan siri perjuangan yang telah diwasiatkan oleh para salafussoleh.
Dalam Surah Al-Ankabut ayat 2, Allah telah berfirman :
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata “Kami beriman”, sedangkan mereka tidak diuji?”
Habib Umar ada menggariskan beberapa syarat untuk mencapai suatu kemenangan dan kejayaan dengan mengaplikasikan sifat jiddiyah ini :-
· Al - Istijabati Al– Fauriyah (menyahut dengan segera)
Jadilah mukmin sejati yang apabila diseru dia segera melaksanakannya tanpa ragu,tidak malas dan tidak bertangguh.
· Al - ‘Azmu Al– Qowiy (keazaman yang kuat)
Laksanakanlah suatu amanah dari Ilahi dengan keazaman yang tinggi. Dengannya, pasti kita dapat tempuhi segala ujian dan cabaran sehingga segala yang diimpikan menjadi realiti.
· Al - Musobarah (sabar dan istiqamah)
Hakikatnya, fitrah kehidupan manusia pasti akan merasakan pahit getir kehidupan. Laluilah ia dengan jalan kehidupan mukmin yang sebenar. Ya,Tidak ramai yang mampu bertahan di atas jalan ini. Sabar dan istiqamahlah kunciya.
Sahabat-sahabat,
Ingatlah! Manusia mempunyai seketul hati yang sifatnya sentiasa berbolak balik. Bersabar dan beristiqamahlah.
Jadikanlah ujian dan cabaran itu sebagai batu loncatan untuk kita lebih taqarrub kepadaNya.
“ Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan”
Disediakan oleh:
Ma Nadhirah binti Ab Razak
Timbalan Ketua Lajnah Penempatan & Perumahan
BKASM sesi 2015/2016
Ulasan
Catat Ulasan