Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

TIADA ‘SHORTCUT’ DALAM DAKWAH - Tinta Jumaat siri 25

Imej
1. DAKWAH : REALITI LAPANGAN DAN CABARANNYA Pertembungan di antara hak dan batil tidak pernah selesai bermula di zaman lampau sehingga ke hari ini, dan ia akan tetap berterusan hingga ke hari pembalasan. Firman Allah yang bermaksud : “Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, tetapi Allah menolaknya, malah berkehendak menyempurnakan cahayaNYA walaupun orang-orang kafir itu tidak menyukai.” (At-Taubah:32) Penumpuan artikel ini adalah berkenaan tabiat liku-liku dakwah yang mesti dilalui oleh para pendokongnya. Meskipun begitu, pendakwah yang berbekalkan iman kepada Allah pasti akan mendapat pertolongan dan nusrah dariNYA. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan sesungguhnya telah tetap janji kami kepada hamba-hamba kami yang menjadi Rasul (iaitu) sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan. Dan sesungguhnya tentera kami itulah yang pasti menang.”   (As-Saffat:171-173). 2.SUNNATULLAH DAKWAH PARA NABI ...

Hakikat Kehidupan - Tinta Jumaat siri ke 24

Imej
Semasa hidup di dunia,kita dikurniakan akal oleh Allah S.W.T  bagi memikirkan , apakah amalan baik yang kita akan bawa ke negeri akhirat yang kekal abadi? Hari ini kita sering dialpakan dengan kemewahan, kesoronokan dan keasyikan dunia sehingga sering melupakan tempat kita bukan di dunia. Namun tempat kita yang sebenarnya di akhirat. Hakikatnya kita tidak dapat terlepas dari kematian walaupun kita merasakan yang kita boleh melarikan diri sesuai dengan firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran : Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sebenarnya maut Yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang mengetahui Segala Yang ghaib dan Yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa Yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Surah Al-Jumuah : 8) Oleh itu, sewajarnya kita tidak melupakan mati kerana dengan mati, kita juga akan memutuskan segala kelazatan dunia. Nabi S.A.W pernah bersabda : Perbanyakkan o...

BKASM Terus Menjaga Kebajikan Ahli - Tremco Imtihan Fasa Dua

Imej
17 MEI 2016, KAHERAH - Lajnah Sambutan dan Rehlah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir telah menyediakan pengangkutan Tremco Imtihan Fasa Dua untuk mahasiswa/wi Selangor yang bertempat di hadapan Asrama Rumah Selangor, Hayyu Asyir. Pengangkutan tremco imtihan ini melibatkan mahasiswa dan mahasiswi pengajian Islam Selangor. Pengangkutan tremco imtihan ini akan disediakan sepanjang imtihan berlangsung bermula 14 Mei 2016 bagi akhawat dan 17 Mei 2016 bagi ikhwah sehingga berakhirnya imtihan pada 9 Jun 2016. Moga dengan perkhidmatan yang disediakan ini, dapat memberikan manfaat serta menyuntik semangat ahli untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan kali ini. "Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan" Lajnah Sambutan dan Rehlah BKASM sesi 2015/2016 #KITAPMRAM #BersamaBersatu #BersatuBerbakti

PARASIT YANG MEMBIAK - Tinta Jumaat siri ke 23

Imej
Bulan Syaaban menyaksikan sebuah peperangan di antara qabilah Bani Mustaliq di bawah kepimpinan Al – Harith bin Abi Dirar dan ketenteraan Islam di bawah kepimpinan Baginda Rasulullah S.A.W. Peperangan ini berlaku pada tahun keenam Hijrah mengikut qaul yang paling sahih. Beberapa titik penting yang boleh didapati daripada lipatan sirah peperangan ini yang mampu kita ambil intipatinya; antaranya: ·   Sikap sebenar golongan munafiq dalam peristiwa Bani Mustaliq : Abdullah bin Ubai merupakan seorang bapa munafiq pada era pembinaan Islam di Madinah. Dia bersama-sama pengikutnya turut serta di dalam Peperangan Bani Mustaliq bersama tentera Muslim. Abdullah bin Ubai telah mengambil kesempatan daripada perselisihan yang berlaku antara dua orang sahabat Muhajirin dan Ansar. Dia telah melagakan dua orang sahabat ini sepertimana yang dirakamkan oleh Allah Taala di   dalam Surah  At-Taubah ayat 47: “ Kalaulah mereka keluar bersama-sama kamu tidaklah mereka ...

SYRIA BERDARAH KESATUAN KITA PARAH - Tinta Jumaat siri 22

Imej
Syria merupakan salah satu negara yang dilanda revolusi arab spring  yang bermula dari Tunisia.Malangnya negara ini adalah negara arab yang paling teruk menerima kesannya.Dianggarkan hampIr setengah juta rakyatnya terkorban sejak huru-hara tercetus pertengahan tahun 2011. Terbaru, bandar  Aleppo “bermandi darah” berikutan serangan demi serangan daripada rejim Bashar telah memusnahkan kawasan awam seperti hospital mengorbankan doktor dan pesakit. Serangan 9 hari tanpa henti  telah mengakibatkan ratusan nyawa telah terkorban dan ribuan lagi diancam kelaparan malah menjadi pelarian dinegara sendiri. Saat kita sedang leka berhibur, “ketika itu Syria dihujani bom pemusnah”. Saat kita lemas dalam arus kelazatan dunia, “ketika itu nyawa saudara seIslam kita melayang bergelimpangan  bagai tiada nilai”. Hayatilah hadis yang disabdakan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W mafhumnya : “Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam,maka ia bukanlah da...